Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai bencana yang berlaku di seluruh dunia dan antaranya adalah seperti gempa bumi. Aktiviti gempa bumi boleh dilihat banyak berlaku di Indonesia sehinggakan daripadanya dapat dirasakan dari Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu, pihak Xiaomi dilaporkan sedang berkerjasama dengan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia untuk memperkenalkan fungsi amaran awal gempa bumi untuk para pengguna peranti berkenaan di negara tersebut.

Sumber Gambar: Gizmochina

Fungsi ini digelar sebagai Earthquake Early Warning (EEW) dan ia akan memberikan amaran awal kepada para pengguna peranti Xiaomi menerusi mesej dan bunyi amaran apabila ia mengesan sesuatu gempa bumi yang akan berlaku.

Xiaomi dan BMKG didapati menggunakan gelombang elektrik untuk mengesahkan ketibaan sesuatu gempa bumi. Hal ini kerana dilihat lebih pantas berbanding gelombang sekunder. Amaran yang akan dipaparkan oleh fungsi EEW ini termasuklah lokasi di mana gempa bumi berlaku dan juga skala kekuatan gempa bumi.

Maka, orang ramai boleh membuat keputusan awal untuk bergerak ke lokasi yang lebih selamat sekaligus dapat menyelamatkan nyawa serta barangan berharga daripada dihancurkan oleh bencana tersebut. Sebenarnya fungsi ini sudah tersedia di China dan ini kali pertama ia digunakan luar dari negara asalnya.

Fungsi EEW ini dikatakan masih di dalam fasa ujian dan Xiaomi sudah mulai menawarkan kepada pengguna di sana. Untuk menggunakan fungsi ini juga, anda diperlukan menggunakan peranti Xiaomi berasaskan sistem operasi MIUI 12, MIUI 12.5, MIUI 13 dan juga bersama sambungan internet untuk mendapatkan notifikasi amaran itu.

Sementara di Malaysia pula, jenama Xiaomi berjaya muncul sebagai jenama telefon pintar pilihan pada tahun 2021.

Xiaomi Berjaya Muncul Sebagai Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Pada Tahun 2021

Xiaomi Sasar Saingi Samsung Jadi Jenama No.1 Dunia Dalam Tempoh 3 Tahun Lagi