Disaat pelbagai jenama telefon pintar berlumba-lumba untuk menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi tercanggih dengan harga yang mencecah ribuan ringgit, Xiaomi pada kali ini mengambil pendekatan berbeza dengan mengeluarkan telefon pintar dengan harga RM299 sahaja.
Model yang dimaksudkan adalah Xiaomi Redmi Go. Dari segi spesifikasi Xiaomi Redmi Go dikuasakan dengan processor Snapdragon 425 beserta 1GB RAM. Ruang storan bagi model ini adalah 8GB. Model ini disertakan dengan skrin 5.0-inci yang pastinya membuatkan model ini selesa dipegang.
Kamera belakang model ini dilengkapi dengan kamera 8-megapixel manakala kamera hadapan dengan 5-megapixel. Sesuai dengan saiznya yang kecil, Xiaomi Redmi Go dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh beserta sokongan dwi-sim.
Menariknya, model ini tidak menggunakan sistem operasi MIUI sebaliknya menggunakan Android Go. Dalam erti kata lain, para pengguna bakal menerima sistem operasi yang mirip dengan Google Pixel tanpa sebarang aplikasi tambahan daripada Xiaomi. Pastinya penggunaan seharian akan lebih lancar.
Xiaomi Redmi Go bakal mula ditawarkan di rangkaian kedai rasmi Xiaomi seluruh Malaysia bermula 13 April ini dengan harga RM299. Anda juga boleh dapatkannya secara terus di Lazada dengan klik disini untuk mengelakkan daripada masalah kehabisan stok.
Sekiranya, anda sedang mencari telefon pintar kedua yang mampu milik serta bebas daripada sebarang masalah, mendapatkan Xiaomi Redmi Go merupakan pilih yang berbaloi.