Sementara pihak Tesla sedang bersiap sedia untuk menyiapkan robot berbentuk manusia untuk dipersembahkan pada bulan September kelak, Xiaomi dilihat terlebih dahulu memperlihatkan robot manusia buatan mereka.

Dinamakan CyberOne, robot ini mempunyai ketinggian 177cm dan seberat 52 kg. Kehadiran CyberOne merupakan satu perkembangan robotik dari Xiaomi yang sebelum ini melancarkan CyberDog iaitu robot anjing pertama mereka.

Sumber Gambar: Xiaomi Miui GR

Robot berbentuk manusia berwarna hitam dan putih mempunyai kemampuan berjalan sendiri serta boleh berinteraksi bersama manusia sama seperti robot anjingnya. Berdasarkan ujian yang ditunjukkan di atas pentas, CyberOne dilihat mampu berjalan dengan kepantasan sekitar 3.6km/j.

Kemampuan pemprosesan CyberOne jauh lebih tinggi berbanding CyberDog kerana kemampuan yang lebih kompleks. Setakat ini, robot ini bukanlah untuk dijual tetapi bakal digunakan sebagai platform kajian robotik oleh Xiaomi. Nampaknya Tesla kini mempunyai pencabar baru dalam arena robotik humanoid.

Sementara Apple pula, mereka telah memulakan pembinaan kereta elektrik selepas melantik pakar daripada Lamborghini.

Apple Dilaporkan Telah Melantik Pakar Daripada Lamborghini Untuk Pembinaan Kereta Elektrik

Apple Dijangka Memperkenalkan Kereta Elektrik Dengan Sistem Swapandu Seawal Tahun 2025