Bermula dengan menghasilkan telefon pintar mampu milik jenama Xiaomi nampaknya terus berkembang dari segi rangkaian produk bermula daripada menghasilkan pengetip kuku sehinggalah kepada penawaran GoKart edisi Lamborghini.
Terbaharu, Xiaomi berjaya mencipta fenomena dalam industri televisyen melalui model Mi TV LUX OLED dimana model ini hadir dengan paparan lut sinar sekaligus menjadi televisyen pertama menghasilkannya.
Dari segi saiz, Xiaomi Mi TV LUX OLED hadir dengan saiz paparan 55-inci dengan kelebaran senipis 5.7mm. Bukan itu sahaja, model ini turut menyokong refresh rate sehingga 120Hz sekaligus membuatkan model ini sebagai televisyen yang penuh dengan inovasi pernah dihasilkan setakat ini.
Bukan itu sahaja, Xiaomi Mi TV LUX OLED turut menyokong Dolby Atmos dengan processor MediaTek 9650. Model ini sedia ditawarkan di pasaran China bermula 16 Ogos dengan harga sekitar RMB49,999 (RM30,183.17).
Xiaomi Mi 10 Ultra yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini turut dipilih sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik pernah dihasilkan menurut DxOMark.
https://www.thevocket.com/xiaomi-mi-10-ultra-muncul-sebagai-telefon-pintar-dengan-kamera-terbaik-menurut-dxomark/
https://www.thevocket.com/mi-smart-band-5/