Bersempena dengan aturcara MWC 2019 yang berlangsung baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 9.

Telefon pintar ini disasarkan buat mereka yang mahukan spesifikasi yang terbaik pada telefon pintar mereka serta mahu mendapatkannya dengan harga berbaloi. Sasaran Xiaomi pada kali ini nampaknya berjaya setelah berjaya menawarkannya pada harga yang berbaloi.

xiaomi-mi-9-hands

Xiaoami Mi 9 hadir dengan skrin bersaiz 6.39-inci AMOLED. Processor yang digunakan model ini adalah Snapdragon 855 dan dipadankan dengan RAM 6GB.

Berdasarkan ujian prestasi telefon pintar, Xiaomi Mi 9 dilihat mampu beraksi dengan lebih hebat dan pantas berbanding pencabar-pencabar lain melibatkan Samsung Galaxy S10+ dan Huawei Mate 20 Pro. Lebih menarik, model ini turut disertakan dengan teknologi pengimbas cap jari diatas skrin.

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, model ini turut dilengkapkan dengan tiga kamera belakang terdiri daripada kamera 48-megapixel, 12-megapixel dan 16-megapixel untuk sudut lebar. Pada bahagian hadapan pula Mi 9 hadir dengan kamera 20-megapixel.

mi9

Sebuah lagi perkara yang menarik pada model ini adalah ianya hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 20W. Dalam erti kata lain pengecasan penuh Xiaomi Mi 9 cuma mengambil masa 90 minit sahaja.

Antara perkara yang sukar ditiru oleh jenama lain berbanding Xiaomi sudah pastinya penawaran harga yang berbaloi sepertimana model ini. Menawarkan spesifikasi yang tinggi bukan alasan Xiaomi untuk meletakkan harga yang tinggi.

Xiaomi Mi 9 mula ditawarkan pada harga RM1,699 untuk ruang storan 64GB manakala model dengan ruang storan 128GB ditawarkan pada harga RM1,999. Buat anda yang mahu mencari telefon pintar berbaloi tanpa mahu berbelanja besar, mendapatkan Xiaomi Mi 9 pastinya pilihan yang berbaloi.