Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jenama Poco sangat sinonim dengan ciri spesifikasi tinggi pada harga yang berbaloi. Kini Xiaomi Malaysia telah melancarkan secara rasmi sebuah peranti flagship killer yang dikenali sebagai Poco X3 GT. Terdapat pelbagai ciri flagship yang telah disertakan pada peranti ini dengan penawaran harga yang jauh lebih murah.

Kehadiran model Poco kali ini dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1100 yang berasaskan 6nm bersama padanan memori 8GB RAM LPDDR4X beserta 2GB RAM tambahan menjadikan model ini hadir dengan 10GB RAM. Ruang storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB antara yang ditawarkan.

vocket-tech-news-3
Sumber Gambar: Phandroid

Model ini hadir dengan saiz skrin 6.6 inci FHD+ IPS LCD dengan sokongan refresh rate sehingga 120Hz. Dalam menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, Poco X3 GT turut dilengkapkan dengan kadar sentuhan skrin pada 240Hz. Peranti ini juga telah dilindungi dengan Corning Gorilla Victus dalam menawarkan ketahanan yang lebih baik.

Pada bahagian kamera utama pula, Poco X3 GT didatangkan dengan kamera utama yang mengabungkan 3 sensor sekaligus iaitu 64MP utama, 8MP ultra wide dan 2MP macro.

Kamera hadapan pula ditawarkan dengan sensor 16-megapixel. Antara ciri lain yang terdapat adalah pengimbas jap cari pada bahagian sisi serta pembesar suara stereo dengan sokongan Hi-Res Audio, Hi-Res Wireless Audio dan Dolby Atmos.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

vocket-tech-news-poco5
Sumber Gambar: Phanroid

Poco X3 GT ditawarkan dengan kapasiti bateri bersaiz 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Sistem penyejukan turut disediakan bagi mengatasi masalah haba yang berlebihan sepanjang penggunaan.

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Stargaze Black, Wave Blue atau Cloud White dengan harga jualan pada RM1,299 untuk 8/128GB dan RM1,599 untuk 8/256GB.

Bersempena pelancaran peranti ini, Poco X3 GT akan dijual pada harga RM 1,199 untuk 8/128GB dan RM1,399 untuk 8/256GB pada 3 Ogos sehingga 4 Ogos ini. Buat para pembeli yang mendapatkan versi 256GB akan menerima hadiah sejumlah RM169. Jadi, anda boleh merebut peluang ini pada tarikh berkenaan bagi mendapatkan peranti pada harga yang berbaloi.

Pada bulan yang lalu, Xiaomi Malaysia juga menawarkan model Poco M3 Pro 5G pada harga bermula RM699.

Poco M3 Pro 5G Bakal Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM699

Redmi Note 10 Terjual Lebih 500,000 Unit Dalam Tempoh 50 Minit

  • SUMBER
  • mi