Jenama Xiaomi kini bukan lagi terhad pada telefon pintar sahaja, malah mereka telah menawarkan sejumlah peralatan atau peranti daripada pelbagai kategori yang menjadikan satu ekosistem yang lengkap menerusinya.

Terbaharu, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Laser Cinema 2, sebuah projektor laser premium yang pertama di dunia yang menyokong ciri Dolby Vision pada resolusi 4K. Projektor ini boleh memancarkan visual pada saiz 80-inci sehingga 150-inci dengan jarak pancaran 20cm sahaja daripada dinding.

Sumber Gambar: Gizmochina

Selain itu, projektor premium ini mampu memancarkan kandungan dengan jelas dan vibran kerana mempunyai resolusi yang boleh mencapai 4K (3840 x 2160 pixels) dengan nisbah kontras 3000:1 bersama sokongan paparan HDR10 dan Dolby Vision. Selain itu, ia juga hadir dengan teknologi AI yang boleh menggurangkan noise pada gambar yang dipancarkan.

Model ini dikuasakan oleh MIUI for TV serta dilengkapi cip pemprosesan MediaTek MT9669 Cortex-A73. Dipadankan dengan memori storan 3GB RAM serta storan dalaman 32GB dan menariknya terdapat mikrofon yang boleh digunakan untuk memberi sesuatu arahan kepada pembantu maya.

Sumber Gambar: Gizmochina

Dari segi audio pula, model ini hadir dengan pemacu audio yang menyokong Dolby Atmos dan DTS sound. Kehadiran sejumlah port sambungan bersamanya menjadikan projektor ini sangat fleksibel untuk dibawa ke mana-mana. Terdapat juga ciri sebuah sensor yang boleh mengesan kehadiran manusia berdekatan untuk mengelakkan pancaran yang kuat terus ke mata.

Xiaomi Laser Cinema 2 ini dijual pada harga sekitar ¥14,999 (~RM9,738) tetapi penawarannya hanyalah di pasaran China terlebih dahulu. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada ia bakal ditawarkan kepada pasaran global atau hanya khusus buat pengguna di China sahaja.

Memandangkan projektor di atas bukanlah harga marhaen, anda mungkin lebih berminat dengan senarai pilihan projektor mini yang berbaloi di Shopee menerusi pautan di bawah.

6 Projektor Mini Terbaik Dan Berbaloi Yang Boleh Anda Dapatkan Di Shopee

Vocket Style: Hiburan Dari Rumah Yang Serba Lengkap Dengan Projektor LUMOS AURO

Sumber