Xiaomi baru sahaja melancarkan model andalan terbaharu mereka dengan kolaborasi Leica. Model ini berjaya menarik minat ramai oleh kerana kemampuan kamera yang boleh menangkap gambar dengan cantik menerusi talaan Leica sendiri.

Selepas berjaya menjadi bualan hangat menerusi pelancaran siri 12S mereka, kini berdasarkan desas-desus baru yang mengatakan syarikat pengeluar Xiaomi sedang menyiapkan sebuah telefon dengan kamera sensor sebesar 200-megapixel pula.

Sumber Gambar: Engadget

Setakat ini, masih belum diketahui lagi model apakah yang bakal hadir dengan sensor sebesar ini. Telefon misteri ini juga dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8+Gen 1 serta skrin dengan refresh rate 120Hz dan juga bateri sebesar 5,000mAh.

Di dalam pasaran hari ini, syarikat Samsung sedia menawarkan sensor kamera 200-megapixel tersendiri kepada mereka yang berminat. Terdapat kemungkinan teknologi sensor ini bakal digunakan oleh Motorola dan Xiaomi pada peranti mereka.

Ditambah pula kerjasama Xiaomi bersama Leica telah berjaya menghasilkan sebuah kamera yang mantap pada model 12S Ultra kali ini. Pasti ramai yang menantikan pula telefon misteri dengan sensor 200MP ini yang mungkin diperlihatkan apabila sudah siap prototaipnya.

Dalam pada itu, Sony juga telah menjangkakan kemampuan kamera telefon pintar akan melangkaui DSLR seawal 2024 kelak.

Sony Jangkakan Kemampuan Kamera Telefon Pintar Melangkaui DSLR Seawal 2024

Mahu Fokus Kepada Mirrorless, Nikon Sahkan Tidak Akan Keluarkan Lagi Kamera SLR