Xiaomi Bakal Perkenal Telefon Pintar Boleh Lipat Dengan Harga Serendah RM4,000

Xiaomi bakal mengikut jejak langkah Samsung dan Huawei dengan memperkenalkan telefon pintar boleh lipat dengan harga sekitar RM4,000 sahaja. Harga ini jauh lebih murah dan mampu milik berbanding Samsung Galaxy Fold yang berharga sekitar RM8,135 dan Huawei Mate X dengan tanda harga RM10,633.

Terbaharu menerusi satu perkongsian video Pengarah Xiaomi iaitu Bin Lin sedang mencuba beberapa aplikasi termasuk mencuba ciri boleh lipat peranti tersebut. Setakat ini belum ada nama yang ditetapkan untuk peranti tersebut, namun sudah ada beberapa cadangan nama iaitu Mi Fold atau Mi Flex.

Difahamkan peranti tersebut akan didatangkan dengan 10GB RAM, disokong dengan Snapdragon 855 dan skrin dari Visionox Technology yang pastinya akan menjanjikan paparan terbaik buat pengguna. Menurut perancangan awal, peranti ini akan mula memasuki pasaran sekitar bulan April hingga Jun ini. Adakah teknologi skrin boleh lipat bakal menjadi fenomena pada tahun ini?

Exit mobile version