Sejak pandemik berlaku, sektor hospital dilihat sudah mulai memberikan keutamaan kepada pesakit jangkitan COVID-19 atau yang kritikal sahaja. Hal ini secara tidak langsung memberi sedikit kesulitan buat individu yang mengalami penyakit yang lain.

Dalam pada itu, menerusi aplikasi aplikasi kesihatan WhatsDoc pengguna berpeluang mendapatkan nasihat doktor secara mudah menerusi dalam talian sahaja.

Berdasarkan ciapan akaun Twitter @anissayarafina, beliau telah berkongsi penggunaan aplikasi WhatsDoc yang membolehkan pengguna berinteraksi bersama doktor yang bertauliah secara dalam talian dengan mudah. Pelbagai ciri yang ditawarkan menerusi aplikasi ini dalam membantu pesakit secara langsung di dalam talian.

Aplikasi kesihatan WhatsDoc yang dibangunkan di Singapura ini menawarkan perkhidmatan konsultasi kesihatan secara dalam talian dengan pilihan sejumlah doktor dan pakar tempatan yang diiktiraf dalam menyediakan servis yang terbaik kepada pesakit. Aplikasi ini turut menyediakan solusi kesihatan daripada pelbagai aspek dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Antara fungsi utama yang boleh didapati adalah konsultasi bersama doktor atau pakar daripada seluruh dunia secara atas talian. Setiap ahlinya terdiri daripada pelbagai bidang klinikal dan tahap kepakaran. Pengguna akan dikenakan cas yang berlainan untuk servis nasihat berasaskan mesej atau video mengikut harga yang ditetapkan oleh mereka.

Menawarkan servis khidmat nasihat serendah RM5

Sumber Gambar: Aplikasi WhatsDoc

Menariknya, khidmat nasihat yang ditawarkan ini sedia didapatkan pengguna serendah RM5 sahaja menerusi servis berbentuk mesej mahupun video. Bukan itu sahaja, Medical Certificate (MC) yang disediakan boleh dipakai secara sah sebagai bukti.

Servis penghantaran ubat juga disediakan kepada pesakit yang mendapat preskripsi doktor terlebih dahulu. Sebarang ujian makmal boleh dibuat bagi yang berminat dan keputusan akan dihantar secara atas talian. Sokongan pelbagai bahasa dapat memudahkan lagi interaksi antara pesakit dan doktor daripada berbilang bangsa.

Pada bahagian forum pula, terdapat sejumlah topik yang dibincangkan di mana pengguna boleh menghantar pesanan mesej dan menerima maklum balas daripada doktor yang berpengalaman. Dalam usaha memberi pendedahan berkaitan kesihatan kepada umum, ia hadir dengan tips kesihatan yang cukup lengkap untuk menambah pengetahuan dan diamalkan oleh pembaca sendiri.

aplikasi kesihatan whatsdoc
Sumber Gambar: Aplikasi WhatsDoc

Kini orang ramai berpeluang mendapatkan bantuan daripada pihak klinikal yang berautoriti menerusi aplikasi ini sahaja. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat susulan pada setiap masa bersama doktor pilihan. Aplikasi ini sedia dimuat turun secara pecuma di Google Play Store dan App Store.

Dalam pada itu, anda juga perlu mendapatkan jam pintar dalam memantau kesihatan sendiri seperti yang dibuat oleh lelaki ini.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

5 ‘Smart Band’ Di Bawah RM200 Untuk Bantu Anda Bersenam Di Rumah Sempena Musim PKP

Sumber