Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

WhatsApp sedia membawakan sejumlah ciri baharu untuk meningkat pengalaman penggunaan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Jadi, para pengguna boleh menikmati pelbagai ciri menarik seperti keluar kumpulan tanpa notifikasi dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Mark Zuckerberg telah berkongsi dengan mengatakan WhatsApp sedang membangunkan kebolehan membuat panggilan video dengan sokongan mencapai 32 orang dalam satu-satu masa. Panggilan video ini juga bakal disulitkan sepenuhnya.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: YouTube

Hal ini memberikan privasi kepada pengguna sewaktu panggilan tanpa sebarang potensi sesiapa boleh mencuri dengar menerusinya. Langkah ini dilihat akan turut memberikan cabaran sengit kepada beberapa penyedia perkhidmatan panggilan video lain seperti Zoom dan juga Google Meet.

Mark Zuckerberg berkongsi berkenaan perkara ini selari dengan pengenalan ciri menjemput rakan atau sesiapa menyertai panggilan video dengan hanya satu pautan melalui WhatsApp.