Siapa sangka bermula dengan sebuah aplikasi permesejan, aplikasi WhatsApp nampaknya mulai menawarkan lebih banyak servis dan fungsi kepada pengguna.
Bermula dengan penawaran WhatsApp Stories, aplikasi ini turut menawarkan servis pembelian secara terus dimana fungsi ini cuma ditawarkan di negara luar bagi memudahkan proses jual beli antara pembeli dan penjual.
Terbaharu, syarikat ini bercita-cita untuk menawarkan servis pinjaman wang khusus buat pengguna di India. Dalam erti kata lain, pengguna di India berpeluang membuat pinjaman wang hanya melalui aplikasi WhatsApp.
Walau bagaimanapun, servis ini nampaknya tidak dapat dijalankan memandangkan WhatsApp tidak dibenarkan untuk bekerjasama dengan mana-mana bank di India setakat ini.
Selain itu, berbekalkan jumlah pengguna yang ramai di India, pengguna di India kemungkinan besar berpeluang membeli barangan dapur terus melalui aplikasi ini dengan kerjasama bersama JioMart selaku penawar barangan basah di negara tersebut.
Terbaharu, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi terbaru dimana anda berpeluang membuat panggilan video dan suara sehingga 8 orang serentak.
https://www.thevocket.com/whatsapp-perkenalkan-fungsi-panggilan-suara-dan-video-sehingga-8-orang/
https://www.thevocket.com/whatsapp-akhirnya-tawarkan-dark-mode-buat-semua-pengguna-android-dan-ios/