Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown berlangsung, dapat dilihat orang ramai semakin selesa menggunakan untuk menggunakan servis panggilan video baik untuk tujuan pekerjaan, pembelajaran mahupun berhubung bersama yang tercinta.

Terbaharu, WhatsApp nampaknya tidak mahu melepaskan peluang ini dengan memperkenalkan sebuah lagi fungsi terbaru pada aplikasi mereka membolehkan para pengguna membuat panggilan suara dan video sehingga 8 orang secara serentak.

Screenshot 2020-04-27 at 3.07.55 PM
Sumber: lifehacker

Untuk pengetahuan, fungsi ini sudah tersedia di WhatsApp namun cuba dihadkan kepada 4 orang. Penawaran pengguna sehingga 8 orang pastinya membuatkan pengalaman membuat panggilan video semakin rancak.

Buat mereka yang skeptikal dengan sistem sekuriti Zoom, penggunaan WhatsApp mungkin antara altenatif yang boleh dicuba memandangkan aplikasi ini menawarkan sistem sekuriti yang lebih baik sekaligus mengelakkan perbualan anda diceroboh pihak ketiga.

Fungsi terbaru daripada WhatsApp ini bakal ditawarkan buat semua pengguna tidak lama lagi. Bolehlah anda gunakan fungsi ini buat untuk ‘beraya’ bersama keluarga khususnya buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini.

Selain WhatsApp, Facebook turut memperkenalkan fungsi terbaru iaitu Messenger Rooms yang membolehkan anda membuat panggilan video yang menyokong sehingga 50 orang.

https://www.thevocket.com/facebook-perkenalkan-messenger-rooms-untuk-bersaing-dengan-aplikasi-zoom/

https://www.thevocket.com/500000-akaun-zoom-telah-digodam-dan-dijual-pada-pasaran-gelap/