WhatsApp kini sudah hadir dengan sejumlah ciri menarik ke daalm aplikasi mereka termasuklah menyorok status online, keluar dari group tanpa diketahui ahli kumpulan dan banyak lagi.

Satu lagi fungsi berguna yang masih lagi belum diperkenalkan buat masa ini adalah menyunting mesej yang sudah dihantar. Biasanya kita jarang memadam keseluruhan mesej hanya disebabkan oleh typo. Namun, kewujudan typo pada sesuatu mesej tampak tidak profesional sekiranya ia dihantar kepada klien.

Sumber Gambar: WaBetaInfo

Fungsi ini jika ditawarkan kelak membolehkan kita membetulkan semula ejaan tanpa perlu memadam keseluruhan mesej. WABetaInfo melaporkan pengujian ia sedang dijalankan di dalam beta WhatsApp untuk Android versi 2.22.20.12. WhatsApp kini dilihat sedang menguji fungsi menyunting mesej untuk dimasukkan ke dalam kemaskini yang akan datang.

Menurut WABetaInfo lagi, fungsi ini memerlukan anda mengemaskini terlebih dahulu jika anda sedang menggunakan versi lama. Buat masa ini tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan. Malah, fungsi sebegini sudah pun ditawarkan oleh Apple menerusi iOS 16 di mana sangat disambut baik oleh penggunanya.

Sumber