WhatsApp sudah menjadi aplikasi permesejan pilihan ramai pengguna terutamanya di Malaysia namun masih terdapat beberapa peningkatan yang masih perlu dibuat untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik.

Antara ciri yang dinantikan ramai pengguna sudah semestinya kemampuan menghantar atau berkongsi fail media yang lebih besar kerana dapat memudahkan urusan seharian. Setakat ini, pengguna hanya mampu menghantar fail bersaiz 100Mb menerusi aplikasi tersebut.

Sumber Gambar: Wabetainfo

Menerusi perkongsian WABetaInfo, WhatsApp kini sedang menguji satu ciri baharu dimana ia membenarkan pengguna berkongsikan media bersaiz sehingga 2GB. Fungsi ini dikatakan sedang diuji oleh sebilangan kecil pengguna beta di Argentina yang menggunakan iOS.

Dengan langkah ini, ia dapat memudahkan pengguna menghantar fail bersaiz besar dengan lancar tanpa perlu menggunakan perkhidmatan pihak ketiga atau aplikasi permesejan lain. Sementara Telegram, mereka sedia menawarkan kemudahan penghantara fail sehingga 2GB sejak tahun 2020 lagi dan dilihat lebih terkehadapan dalam menawarkan ciri menarik.

Bahkan, WhatsApp dilihat mahu menyaingi platform permesejan lain dalam menarik lebih banyak pengguna kepadanya dan menjadi pilihan utama di seluruh dunia. Sama-sama kita nantikan pengenalan penghantaran fail sehingga 2GB menerusi WhatsApp yang sedia ditawarkan kepada umum tidak lama lagi.

Sementara TikTok pula juga dijangka bakal hadir dengan ciri jualan dalam talian untuk menyaingi laman e-dagangan, Shopee.

Mahu Saingi Shopee, TikTok Bakal Hadir Dengan Ciri Jualan Dalam Talian Untuk Pasaran Malaysia

Mahu Saingi YouTube, TikTok Tawarkan Durasi Video Sehingga 10 Minit