Sejak mula diperkenalkan, aplikasi ini berjaya menjadi fenomena dan dimuat-turun hampir seluruh pengguna seluruh dunia. Aplikasinya yang mudah diakses, percuma dan tidak menawarkan sebarang iklan antara yang menjadi sebab utama orang ramai memilih aplikasi ini.
Walau bagaimanapun, nampaknya aplikasi ini bakal mula memaparkan iklan buat semua pengguna tidak lama lagi. Difahamkan, penawaran iklan ini sebagai salah satu cara untuk aplikasi ini memperoleh keuntungan daripada jumlah pengguna yang ramai. Idea ini dilihat mula diperkatakan sejak Facebook mendapatkan aplikasi ini.
Penawaran iklan pada aplikasi WhatsApp ini sememangnya tidak mengejutkan memandangkan ura-ura pada platform ini sudah lama diumumkan sebelum ini. Melihat kepada trend platform milik Facebook seperti Facebook Stories dan Instagram Stories yang sudahpun mempunyai iklan jelas penawaran iklan WhatsApp Stories sememangnya tidak mengejutkan.
Difahamkan penawaran iklan pada aplikasi WhatsApp ini bukanlah bagi tujuan komersial sebaliknya mengiklankan mengenai fungsi terbaru serta menghebohkan mengenai privasi pengguna melalui aplikasi ini.
Buat anda yang menggunakan WhatsApp sekadar untuk tujuan permesejan dan tidak menggunakan fungsi Stories, anda mungkin tidak akan terkesan dan melihat iklan yang terpapar pada aplikasi ini. Setakat ini pengguna WhatsApp versi beta yang terbaru sudah mulai menerima ‘fungsi’ terbaru ini.
Sebelum ini WhatsApp pernah memperkenalkan ciri mesej automatik hilang dalam tempoh 7 hari sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
https://www.thevocket.com/whatsapp-perkenalkan-ciri-mesej-automatik-hilang-dalam-tempoh-7-hari/
https://www.thevocket.com/whatsapp-perkenalkan-fungsi-panggilan-suara-dan-video-sehingga-8-orang/