Jika sebelum ini anda ingin menghantar mesej ke sesuatu nombor yang baharu atau tidak dikenali perlu disimpan terlebih dahulu kemudian barulah boleh dihantar menerusi aplikasi WhatsApp. Perkara ini memang kurang digemari oleh ramai pengguna.

Dalam mengatasinya, kini WhatsApp sudah memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej ke sesuatu nombor yang dikongsikan menerusi WhatsApp tanpa perlu menambah nombor itu ke dalam kenalan Contacts.

Sumber Gambar: WaBetaInfo

Sebagai contoh, sekiranya rakan anda menghantar nombor telefon pintar seorang runner kepada anda. Anda hanya perlu klik pada nombor telefon yang diterima dan boleh terus menghantar mesej tanpa perlu disimpan di dalam kenalan seperti sebelum ini.

Untuk makluman, kemas kini baharu ini masih diuji terhad pada pengguna WhatsApp Beta dan akan mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Selain itu, WhatsApp Groups juga menerima beberapa ciri baharu menarik seperti perkongsian fail sehingga 2GB dan memberi reaksi emoji pada mesej.

WhatsApp Groups Terima Beberapa Ciri Baharu Termasuk Perkongsian Fail Sehingga 2GB

Google Perkenalkan Aplikasi Baharu Untuk Mudahkan Pengguna iPhone Beralih Ke Android

Sumber