WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Hilang Selepas Dibuka

Terdapat beberapa ciri – ciri baru yang bakal diterima pada aplikasi WhatsApp untuk kemaskini yang akan datang. Antara fungsi baru WhatsApp yang telah dikongsi oleh Mark Zuckerberg pada Wabetainfo ialah ciri perkongsian gambar dan video yang akan hilang setelah dibuka oleh penerima.

Fungsi ini dapat dilihat seperti di Instagram di mana anda hanya boleh melihat gambar mahupun memainkan video yang dihantar untuk kali pertama sahaja sebelum ia dipadam secara automatik. Tambahan, ia telah disahkan akan ada Dissappearing Mode yang boleh diaktifkan di mana mesej perbualan anda akan dipadamkan selepas 7 hari.

Sumber Gambar: TechRadar

Usaha ini diambil bagi meningkatkan ciri privasi antara pengguna dalam berkongsi maklumat atau gambar sulit kepada pihak yang berkenaan sahaja. Namun, kita sedia maklum pengguna masih berpeluang untuk screenshot mesej atau gambar yang telah diterima oleh mereka.

Fungsi ini akan diperkenalkan untuk aplikasi WhatsApp secara rasmi namun masih belum ditetapkan lagi tarikh bagi kemaskini tersebut. Pasti ramai yang menantikan lagi ciri – ciri yang menarik bakal ditambah pada kali ini.

WhatsApp juga turut mempunyai ciri untuk memindahkan mesej ke Telegram bagi memberikan fleksibeliti kepada pengguna.

Mahu Mudahkan Pengguna, Telegram Bakal Tawarkan Ciri Import Mesej Termasuk Daripada WhatsApp

4 Langkah Mudah Untuk Pindahkan Mesej Daripada WhatsApp Ke Telegram

Exit mobile version