‘Wallpaper’ Ini Mampu Buatkan Telefon Pintar Keluaran Samsung Gagal Berfungsi?

Malware baru untuk Android telah muncul dalam bentuk gambar. Mungkin bagi anda gambar pemandangan tasik dan pulau ini hanyalah sekeping gambar tetapi jika anda gunakan sebagai wallpaper, pasti anda akan menangis.

Terbaharu, pengguna Twitter @Universelce telah berkongsi akan isu tersebut di Twitter miliknya agar orang ramai terutama sekali pengguna telefon pintar berjenama Samsung berhati-hati dan tidak menggunakan gambar tersebut sebagai wallpaper.

Menurutnya, peranti akan gagal berfungsi atau beroperasi seperti biasa apabila pengguna menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper. Peranti akan gagal masuk ke lock screen dan akan menjadi bootloopiaitu peranti akan restart berulang kali sebelum masuk ke menu recovery.

Peranti anda akan berjaya diselamatkan jika anda berjaya dalam mod selamat dan menukar wallpaper. Jika tidak, mod selamat tidak akan membantu anda dalam apa-apa dan jalan terakhir ialah menetapkan semula telefon anda.

Walaupun data berharga anda hilang, sekurang-kurangnya telefon pintar anda masih boleh digunakan lagi. Menurut Ice Universe, gambar itu diperolehi dari laman Weibo dan telah dimuatkan sekali dengan kod spesifik yang menyebabkan peranti gagal berfungsi.

Berikutan perkongsian tersebut, ada segelintir netizen yang ‘gatal tangan’ mencuba jadikan gambar tersebut sebagai wallpaper, lalu peranti mereka gagal berfungsi.

https://twitter.com/vamsiexplores/status/1266945696336195584

https://twitter.com/pegasaie/status/1266987052253446150

https://twitter.com/HideikaYT/status/1266967779003023361

Malah, pengguna selain jenama Samsung seperti Google Pixel juga mengatakan bahawa peranti mereka turut mengalami masalah yang sama. Akan tetapi, ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah dan masih elok beroperasi.

Nampaknya gambar pemandangan yang cantik ini terkandung ‘malware’ dan pastikan anda tidak mencuba jadikan gambar tersebut sebagai wallpaper anda.

Sementara itu, kami kongsikan artikel tentang 2 aplikasi yang sedang curi data peribadi anda pada pautan di bawah ini.

https://www.thevocket.com/padam-dua-aplikasi-yang-sedang-mencuri-data-telefon-android-anda/

https://www.thevocket.com/7-aplikasi-yang-mungkin-sedang-spy-telefon-pintar-anda/

https://www.thevocket.com/sering-dianggap-aplikasi-murahan-ini-10-fungsi-hebat-wechat-yang-ramai-tidak-tahu/

Sumber
Exit mobile version