6 Perkara Anda Wajib Semak Sebelum Membeli Apple iPhone

Sebut mengenai Apple iPhone pasti yang ramai yang melabelnya sebagai sebuah telefon pintar yang premium. Hal ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai berlumba-lumba untuk memiliki model keluaran Apple ini.

Dalam pada itu, di sebalik usaha untuk mendapatkan model ini dengan harga yang rendah, terdapat segelintir pembeli yang sanggup mendapatkan model ini dengan harga yang tidak masuk akal serta terlalu rendah di Instagram dimana kebanyakannya terdiri daripada scam semata-mata. Tidak kurang juga yang tertipu dengan penjual yang menawarkan iPhone refurbish dengan harga yang baharu.

Pada kali ini, seorang pengguna Twitter iaitu @AhmatFami telah mengongsikan tips yang wajib diketahui pembeli sebelum mendapatkan iPhone. Hal ini bagi mengelakkan para pembeli menjadi mangsa scam dalam mendapatkan iPhone refurbish atau iPhone klon.

1. Fahami iPhone yang dijual di pasaran
Sumber: lifewire

Berdasarkan perkongsian, difahamkan terdapat tiga jenis iPhone yang terjual di pasaran merangkumi pelbagai model. Tiga jenis iPhone yang dimaksudkan terdiri daripada iPhone set baharu, terpakai dan refurbished. Model refurbished merujuk kepada iPhone yang pernah dibaiki komponen dalamnya sebelum dijual semula di pasaran.

2. Perbezaan New set dan telco set

Sekiranya anda kerap survery iPhone di pasaran, kami yakin anda pernah menjumpai dua terma ini. New set merujuk kepada model iPhone yang belum pernah dibukak plastik dan kotaknya. Model ini juga tidak terikat kepada mana-mana kontrak telco.

Berbeza pula dengan iPhone telco set dimana model ini terikat dengan kontrak telco selama 12 atau 24 bulan. Perkara ini perlu diketahui bagi mengelakkan daripada masalah melibatkan pemilik akaun telco yang mungkin akan memberi kesan kepada iPhone yang digunakan.

3. Perbezaan iPhone yang dibeli daripada pengedar rasmi Apple berbanding pihak ketiga
Sumber: Forbes

Di Malaysia, para pengguna berpeluang mendapatkan iPhone daripada pengedar rasmi Apple yang terdiri daripada Machines dan Switch. Selain itu, terdapat juga pihak ketiga daripada daripada para seller yang turut menawarkannya.

Sebelum anda membeli sesebuah iPhone, pastikan anda semak dahulu sama ada model yang dibeli adalah local set atau import set. Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah serta masih boleh dibaki dibawah tempoh waranti.

Apa yang perlu dipastikan anda pastikan model tersebut tidak terikut dibawah mana-mana telco keluaran luar negara yang mungkin akan memberi masalah buat pemilik iPhone.

4. Semakan sebelum membeli iPhone terpakai

iPhone terpakai atau secondhand masih lagi mempunyai harga pasaran yang baik berikutan jumlah peminatnya yang ramai. Model ini menjadi sasaran buat mereka yang tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan sesebuah iPhone.

Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang perlu disemak sebelum membeli iPhone terpakai.

Menurut AhmadFami, perkara penting yang perlu disemak adalah apakah iPhone tersebut pernah dibaiki mahupun tidak. Sekiranya model tersebut pernah mengalami kerosakan akibat pernah memasuki air atau kerosakan komponen utama, elakkan.

Hal ini kerana terdapat beberapa set yang pernah dibaiki dijual dengan harga yang lebih rendah terdiri daripada unit persendirian serta import set. Selain itu, kerosakan pada komponen utama dikhuatiri dapat memberi kesan semasa penggunaan kelak meskipun sudah dibaiki.

5. Perkara yang perlu disemak sebelum mendapatkan iPhone refurbished
Sumber: ABC7 news

Difahamkan terdapat dua set iPhone refurbished yang ditawarkan penjual terdiri daripada iPhone refurbished by Apple dan iPhone refurbished by China. Sering kali di Malaysia para penjual akan menawarkan iPhone refurbished by China berbanding iPhone refurbished by Apple.

Iphone refurbished ini adalah phone yg pernah rosak kemudian dibaiki semula sebelum dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding iPhone baharu.

Adakah iPhone refurbished perlu dielakkan? Menurut Ahmad Fami, semuanya bergantung kepada para pembeli.

Dalam pada itu, adalah lebih baik sekiranya pembeli membuat semakan terlebih dahulu kerana terdapat penjual yang tidak mahu bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada iPhone. Para pengguna juga disarankan menyemak maklum balas pembeli yang mendapatkan iPhone di kedai berkenaan.

6. Cara semak kondisi iPhone

Perkara pertama yang perlu disemak adalah kemampuan iPhone yang mengesan simkad. Seterusnya, pembeli perlu menyemak keadaan kamera hadapan dan belakang serta mencuba mode yang tersedia.

Pembeli juga perlu membuat pemeriksaan bateri dimana para pengguna boleh menyemaknya dengan klik settings kemudian battery health. Kemudian, semak pula bahagian speaker yang terletak pada bahagian bawah dan microphone.

Sekiranya semua berfungsi dengan baik, semak pula keadaan 3D touch atau Face ID. Anda juga disarankan untuk menekan beberapa bahagian pada skrin untuk menyemak sensitiviti skrin pada sentuhan. Seterusnya, pastikan iPhone tersebut tidak mempunyai masalah untuk mengakses iMessage, Wi-Fi serta Bluetoth.

Untuk lebih kepuasan, anda juga boleh cuba untuk membuat panggilan video, goncangkan iPhone untuk mengesan sebarang bunyi pada bahagian dalam. Anda juga disarakan untuk format iPhone sekali lagi untuk mengelakkan sebarang isu melibatkan Apple ID pemilik lain.

Bersempena dengan pelancaran siri iPhone 12 tidak lama lagi, Apple dijangka akan memperkenalkan lima model secara serentak. Selain itu, Apple juga mungkin akan menurunkan harga bagi iPhone SE dan XR.

https://www.thevocket.com/apple-dijangka-perkenalkan-lima-model-terbaru-sempena-siri-iphone-12/

https://www.thevocket.com/apple-dijangka-akan-menurunkan-harga-iphone-se-dan-xr/

Exit mobile version