Media sosial sememangnya sudah menjadi wadah buat orang ramai mendapatkan berita dan informasi terbaru baik daripada perkongsian rakan-rakan mahupun laman berita.

Menerusi pelancaran Lumi News Malaysia, para pengguna berpeluang mendapatkan akses kepada seleksi berita menarik mengikut pilihan yang terdiri daripada New Straits Times, Free Malaysia Today, The Vocket, Berita Harian, Harian Metro, SAYS, The Rakyat Post, Cilisos dan SoyaCincau.

Terbaharu, laman VOCKET FC dan VOCKET Tech muncul sebagai antara laman baharu yang tersenarai dalam aplikasi Lumi News Malaysia. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang mengikuti berita teknologi dan bola sepak dalam dan luar negara dengan lebih mudah.

Menawarkan ciri ‘Berita Baik’

Difahamkan, ciri ‘Berita Baik’ di Lumi membolehkan pengguna disajikan dengan senarai berita terkini yang memberi inspirasi, optimistik, mencuit hati dan menggembirakan, sebaik sahaja mereka membuka aplikasi Lumi.

Justeru itu, Lumi memberikan orang ramai akses terus tanpa gangguan kepada sumber-sumber berita yang mereka ketahui dan percayai, semuanya dalam satu aplikasi.

Bukan itu sahaja, Lumi News Malaysia turut mempunyai paparan khas COVID-19 yang menunjukkan kadar vaksinasi harian, perkembangan vaksinasi dan statistik kes di setiap negeri.

Buat anda yang berminat untuk membaca berita menerusi aplikasi Lumi News Malaysia, anda boleh muat turun aplikasi ini menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Ketahui lebih lanjut bagaimana Xiaomi 11T Pro bakal menggegarkan pasaran telefon pintar Android menerusi ciri-ciri yang dibawakan pada model ini.

4 Sebab Xiaomi 11T Pro Bakal Menggegarkan Pasaran Telefon Pintar Android

Wanita Ini Berkongsi Tentang Teknologi Deepfake Yang Sering Diguna Untuk Pelbagai Tujuan