Siapa sangka, ASUS selaku jenama yang konsisten dalam mengeluarkan komputer riba memenuhi keperluan pengguna turut mengeluarkan model berprestasi tinggi khas buat pemain industri dan pengguna profesional menerusi model ProArt StudioBook.

Apa yang berada dengan kami ialah ProArt StudioBook 17 yang sememangnya mantap dalam menawarkan ciri-ciri optimum yang bakal memudahkan kerja-kerja harian anda sebagai seorang pereka grafik, arkitek serta pelukis animasi.

Bukan itu sahaja, ASUS ProArt StudioBook Pro berjaya menjadi komputer riba pertama ternipis di dunia dengan fungsi Nvidia Quadro Grafik! Menarik bukan?

Tidak perlu lengahkan masa anda lagi, setelah menonton video ini, segera dapatkan ASUS ProArt StudioBook Pro 17 ini dalam memudahkan kerja-kerja suntingan anda.