Vivo merupakan salah satu jenama yang sangat agresif dalam pasaran kompetitif peranti pada hari ini. Pada tahun ini, sudah sejumlah model flagsip yang diperkenalkan termasuklah yang paling terbaharu iaitu X80 dan X80 Pro yang mana kini sudah pun tiba di pasaran Malaysia secara rasmi.

Kedua-dua model ini bakal membawa pengalaman fotografi anda ke tahap yang lebih luar biasa. Oleh itu, mari kita ketahui secara terperinci spesifikasi yang ditawarkan menerusi siri terbaharu Vivo kali ini.

Vivo X80

Sumber Gambar: Gizmochina

Vivo X80 merupakan model asas kepada versi Pro yang hadir dengan skrin 6.78-inci FHD+ bersama sokongan refresh rate120Hz. Peranti ini dijana oleh cip Dimensity 9000 serta memori mencecah 12GB RAM dan juga storan dalaman sehingga 512GB. Dipadankan pula bersama bateri berkapasiti 4,500 mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Kamera utama menggunakan sensor 50MP sudut lebar dengan penstabilan imej optik, 12MP ultra lebar dan 12MP telefoto dengan zum optikal 2X. Sementara kamera hadapan pula hadir dengan sensor 32MP dengan rekaan punchole padanya. Seperti versi Pro, model ini juga hadir dengan cip ISP Vivo V1+ dan lensa Zeiss.

Sumber Gambar: GSMarena

Model ini juga didatangkan stereo speaker yang boleh menghasilkan kualiti audio yang baik namun tidak mempunyai sebarang piawaian kalis air. Model ini didatangkan dengan dua pilihan warna yang elegan iaitu Cosmic Black dan Urban Blue.

Vivo X80 Pro

Sumber Gambar: Vivo

Sementara itu, model X80 Pro pula dilengkapi skrin 6.78-inci AMOLED dengan resolusi QHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Dari penggunaan cip pula, model ini dipadankan bersama Snapdragon 8 Gen 1 serta memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Kapasiti bateri sebesar 4,700 mAh turut menyokong pengecasan pantas 80W serta boleh dicas secara wireless dengan kepantasan 50W. Kamera belakang Vivo X80 Pro hadir dengan sensor utama 50MP 1/1.3 sudut lebar berserta gimbal, 45MP ultra sudut lebar, 12MP telefoto 2x zum optikal dan 8MP telefoto periskop 5x zum optikal dengan OIS.

Kamera hadapan pula sebesar 32MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera. Untuk meningkatkan lagi kemampuan fotografi, X80 Pro turut hadir dengan cip ISP Vivo V1+ yang dibangunkan sendiri oleh Vivo. Sebagai pelengkapnya, model ini hadir dengan ciri kalis air IP68 dan kalis debu serta sistem audio stereo seperti model asas.

Untuk anda yang berminat dengan siri X80 kali ini, harga jualan Vivo X80 adalah RM3,499 untuk variasi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Sementara Vivo X80 Pro pula ditawarkan pada harga RM4,999 untuk variasi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Buat mereka yang melakukan pra tempahan kedua-dua ini juga akan menerima beberapa hadiah percuma serta jaminan pertukaran percuma 1:1 dalam masa 100 hari pertama dan jaminan bateri selama setahun. Kini anda boleh membuat pra tempahan di Lazada dan Shopee.

Ikuti juga mengenai Apple AirPods Pro 2 yang dijangka bakal dilancarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Apple AirPods Pro 2 Dijangka Akan Dilancarkan Menjelang Pertengahan Kedua 2022

Instagram Dijangka Bakal Perkenalkan Sokongan Ciri NFT Seawal Minggu Ini

Sumber