vivo baru sahaja melancarkan peranti V25 Pro untuk pasaran tempatan. V25 Pro menampilkan rekaan yang lebih fresh bersama sejumlah ciri menarik untuk kegunaan seharian.

Model V25 Pro ini direka khas untuk pengguna mengekspresikan diri mereka menerusi gambar dan video oleh kerana kemampuan kamera yang bertaraf profesional. Ketahui spesifikasi penuh model vivo V25 Pro yang ditawarkan untuk peminat di luar sana.

V25 Pro

Sumber Gambar: vivo

Peranti ini menggunakan skrin 6.56-inci panel AMOLED jenis melengkung FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Model Pro ini dijana cip MediaTek Dimensity 1300 dengan RAM sebesar 12GB dan menyokong RAM maya sehingga 8GB. Storan dalaman pula sebesar 256GB.

Menariknya, panel belakang menggunakan kaca fluorite AG yang berubah warna apabila terdedah pada cahaya UV. Kapasiti bateri adalah 4830mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang boleh mengecas peranti 0% ke 40% dalam masa 15 minit sahaja.

Sumber Gambar: vivo

V25 Pro menampilkan konfigurasi kamera  64+8+2 MP dengan kamera swafoto 32 MP. Sensor kamera ini juga hadir dengan ciri penstabilan imej OIS dan EIS supaya pengguna boleh menangkap gambar berkualiti tinggi dalam sudut lebar dengan mudah.

Malah, peranti ini berkemampuan untuk merakam video pada resolusi 4K sekaligus memudahkan pencipta konten menghasilkan kandungan berkualiti pada bila-bila masa. Peranti turut menyokong rakaman video Super Night Video, mod potret Bokeh Flare Portrait dan mod AI Super Night Portrait.

Sumber Gambar: vivo

Telefon pintar ini menyokong rangkaian 5G dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 12 berasaskan Android 12 dengan beberapa ciri yang diambil inspirasi daripada Origin OS.

Di Malaysia, vivo akan menjual satu variasi sahaja iaitu 12/256 GB dengan dua pilihan warna iaitu Surfing Blue dan Starlight Black pada harga RM2,499. Pra-tempahan bermula dari 20-26 September dengan pemulangan tunai sebanyak RM100.

Sumber