vivo Malaysia menerusi acara pada hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasmi menerusi siri V iaitu vivo V25 dan vivo V25e. Berkongsi rekaan yang hampir sama, kedua-dua model ini menawarkan keunikan dengan penawaran kerangka yang boleh berubah warna.

Apa yang membezakan bagi kedua-dua model ini adalah spesifikasi yang ditawarkan. vivo V25 5G dan vivo v25e masing-masing hadir dengan skrin 6.44-inci OLED beserta refresh rate 90Hz.  Mengulas mengenai processor, vivo v25 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 900 manakala vivo v25e hadir dengan processor MediaTek Helio G99.

Kedua-dua model ini dilengkapkan dengan RAM 8GB, ruang storan 256GB serta sokongan pengecasan pantas 44W FlashCharge bagi mengecas bateri berkapasiti 4,500mAh dalam tempoh yang singkat

vivo v25 5G disertakan dengan kamera 64-megapixel OIS, 8-megapixel dengan lensa sudut lebar serta lensa Super Makro 2-megapixel. Kamera hadapan model ini dilengkapkan dengan sensor 50-megapixel. Penawaran USB-C, NFC, pengimbas cap jari pada skrin antara antara yang tersedia.

vivo v25e turut ditawarkan dengan kamera utama 64-megapixel OIS. Dua lagi lensa yang tersedia pada belakang model ini adalah lensa bokeh 2-megapixel dan lensa makro 2-megapixel. Kamera hadapan model ini ditawarkan dengan sensor 32-megapixel.

Dari segi harga, vivo V25 sedia ditawarkan pada harga RM1,799 serta dilengkapkan dengan hadiah bernilai RM577. vivo V25e pula sedia ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu RM1,399 sahaja beserta hadiah percuma bernilai RM547.

Kedua-dua model ini sedia ditawarkan secara pra-tempah buat mereka yang berminat bermula hari ini sehingga 2 September 2022 menerusi kedai dalam talian vivo yang tersedia di Shopee dan juga Lazada.

Sekitar bulan Mei lalu, pihak vivo turut melancarkan telefon pintar flagship keluaran mereka menerusi model vivo X80 dan X80 Pro.

Vivo X80 Dan X80 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Bermula Harga RM3,499

vivo Bakal Lancarkan Telefon Pintar T1 Series Dengan Kerjasama Razer Bagi Menawarkan Pengalaman ‘Gaming’