Baru sahaja melancarkan telefon pintar menerusi kerjasama bersama ZEISS, vivo pada kali ini sedia melancarkan model terbaru mereka secara atas talian iaitu vivo V21 5G Exclusive Edition.

Difahamkan pemilihan untuk menjalankan pelancaran secara atas talian pada kali ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung pada kali ini.

pic

Mengulas mengenai vivo V21 5G Exclusive Edition, model ini hadir dengan penawaran RAM 8GB beserta 256GB ruang storan berserta teknologi RAM tambahan 8+3GB daripada vivo.

Model ini turut tersedia dengan rekaan kamera yang dinamakan sebagai Dual Tone Step manakala model ini ditawarkan dengan dua warna iaitu Sunset Dazzle dan Dusk Blue. Dilengkapi bateri 4,000mAh beserta pengesan pantas 33W pastinya memudahkan pengguna.

Dari segi kamera, model ini disertakan dengan sensor 44-megapixel pada bahagian hadapan berserta Optical Image Stabilization (OIS) membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang jelas dan terang meskipun pada waktu malam.

image003

Semamgnya banyak lagi fungsi terbaru yang ditawarkan vivo pada kali ini. Ketahui lebih lanjut mengenai vivo V21 5G Exclusive Edition dengan mengikuti pelancaran secara siaran langsung di Facebook rasmi vivo. Selain itu, anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai model terbaru vivo ini menerusi perkongsian di Instagram dan laman web.

Ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar mengfokuskan kepada kamera daripada vivo iaitu X60 Pro yang hadir dengan lensa kerjasama bersama ZEISS.

Kemampuan Kamera vivo X60 Pro Terbukti Menerusi Kerjasama Dengan Syarikat ZEISS

Dilengkapi Kamera Swafoto 44-Megapixel, vivo V21 Dilancarkan Dengan Harga RM1,599