Nampaknya peperangan telefon pintar mampu milik semakin hangat pada ketika ini selepas Vivo baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaru dengan harga rendah serta mempunyai spesifikasi yang memukau.
Model ini hadir dengan skrin 6.35-inci HD+ serta takuk kecil pada bahagian atasnya. Processor yang digunakan adalah MediaTek Helio P22 serta dikuasakan oleh RAM 3GB dan 32 GB ruang storan. Selain itu, sokongan kad mikroSD turut disertakan.
Antara yang membuat model ini tampil unik selain daripada harganya sudah pastinya penyertaan tiga kamera pada bahagian belakang dimana sukar untuk kita dapatkan pada sekitar RM600. Tiga kamera yang disertakan terdiri daripada lensa 13-megapixel, 8-megapixel ultra-wide dan 8-megapixel f/2.4.
Tidak hanya menawarkan spesifikasi yang memukau pada bahagian kamera, model ini turut hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh. Saiz yang besar ini sekaligus membolehkan model ini bertahan selama lebih daripada satu hari penggunaan. Walau bagaimanapun, model ini tidak disertakan dengan sokongan pengecasan pantas.
Melihat kepada harga yang ditawarkan tidak mustahil Vivo Y12 ini bakal dijual dengan laris. Buat anda yang bemrinat, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.