Sekiranya anda masih ingat beberapa minggu lalu tular di media sosial dimana memperlihatkan sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin dibahagian depan dan juga belakang. Telefon pintar ini juga turut menimbulkan banyak pertanyaan daripada orang ramai termasuk MKBHD melihatkan kepada reka bentuknya yang unik.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan spesifikasi yang boleh dikatakan terbaik pada model Android ketika ini dengan penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 10 GB serta 128 GB ruang storan.

Seperti yang dapat anda lihat model ini hadir dengan dwi-skrin dengan saiz skrin pada bahagian hadapan 6.39-inci manakala 5.49-inci pada bahagian belakang.

dims

Vivo-NEX-Dual-Display-Edition-Review-6
Bahagian belakang Vivo NEX Dual

Berdasarkan rekaannya, Vivo berpeluang menghasilkan telefon pintar dengan kamera pada bahagian belakang sahaja dengan penyertaan tiga kamera khusus buat mereka yang mahukan gambar yang terbaik ketika swafoto.

Melalui pengumuman terbaru, difahamkan model ini bakal hadir di Malaysia tidak lama lagi dimana anda boleh menjadi yang terawal mendapatkannya dengan harga RM3,199 dibawah pengedar rasmi Vivo Malaysia.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber