Jika sebelum ini, jenama-jenama seperti Apple, Samsung dan Huawei yang sering tampil dengan inovasi terbaru, dapat dilihat sejak akhir-akhir ini jenama dari China seperti Vivo juga tidak kurang hebatnya.
Berjaya menjadi antara penyedia telefon pintar terawal dengan rangkaian 5G, Vivo kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk membangunkan sebuah teleofn pintar dengan empat kamera hadapan.
Penyertaan empat kamera ini dikatakan bakal mirip dengan Samsung Galaxy S10+ yang mempunyai punch-hole display dimana kamera hadapan berada pada skrin. Berikut merupakan idea Vivo mengenai inovasi terbaru mereka ini.
Untuk pengetahuan, jenama ini berjaya menawarkan telefon dengan empat kamera pada bahagian belakang dengan harga serendah RM1,499 melalui model V17 Pro.
Persoalannya, adakah penyertaan empat kamera hadapan bagi tujuan selfie adalah releven untuk penggunaan orang ramai? Selain itu, agak menarik untuk menyaksikan lensa apakah yang bakal disertakan selain lensa biasa dan lensa ultrawide.
Beberapa bulan sebelum ini, Vivo dilaporkan sudah mula membangunkan projek telefon pintar dengan rangkaian internet 6G. Turut dikongsikan, model telefon pintar yang berbaloi anda dapatkan dengan harga serendah RM599 sahaja.
https://www.thevocket.com/vivo-muncul-antara-jenama-terawal-memulakan-teknologi-6g/
https://www.thevocket.com/vivo-perkenalkan-telefon-pintar-5000mah-dengan-tiga-kamera-belakang-berharga-rm599/