vivo pada hari ini telah melancarkan siri X70 secara rasmi buat pasaran Malaysia. Siri terbaru ini hadir dengan dua model iaitu X70 dan X70 Pro memfokuskan kepada penawaran kualiti kamera yang terbaik buat para pengguna.

Menariknya menerusi pelancaran dua model ini, vivo sekali lagi berjaya berkolaborasi bersama ZEISS dalam menawarkan kualiti imej yang terbaik pada setiap gambar yang diambil.

Model vivo X70 Pro hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED FHD+ dengan sokongan 120Hz refresh rate. Dari segi penggunaan cip, X70 Pro dipadankan dengan cip Exynos 1080 bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Model ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,450 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Sistem kamera utama masih menggunakan 50MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP dengan zum periskop yang juga tersedia cip iSP V1 manakala kamera hadapan pula hadir dengan sensor sebesar 32-megapixel.

vivo X70 pula hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED FHD+ bersama 120Hz refresh rate dan dijana oleh cip Mediatek Dimensity 1200. Ditambah pula memori sehingga 256GB dan bateri sebesar 4,400 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Dari segi kamera pula, lensa utama sebesar 40MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, dan 12MP potret. Kamera hadapan masih menggunakan lensa sebesar 32MP juga. Model ini terkecuali daripada dilengkapi dengan cip pemprosesan vivo memadangkan ia ditawarkan pada harga mampu milik.

Turut dilancarkan bersama pelancaran pada kali ini adalah siri vivo TWS 2 daripada vivo yang merupakan sebauh TWS yang hadir dengan fungsi noise cancellation menerusi model TWS 2 dan TWS 2e. Terdapat dua pilihan warna yang sedia ditawarkan iaitu Starry Blue dan Moonlight White.

Menariknya, model TWS dan TWS 2e ini dilengkapi dengan noise cancellation sehingga 40db. Sokongan audio DEEP-HD antara yang ditawarkan dengan latensi sehingga 88ms. Model ini turut ditawarkan dengan penarafan kalis air IP54, ketahanan bateri sehingga 30 jam serta Bluetotth 5.2

Mengulas dari segi harga, vivo X70 sedia ditawarkan bermula pada harga RM2,499 manakala vivo X70 Pro ditawarkan pada harga RM3,299. Para pengguna turut berpeluang menerima pelbagai hadiah menarik terdiri daripada waranti tambahan yang turut melindungi bahagian skrin bernilai RM399.

Pengguna yang membuat pra-tempah vivo X70 Pro turut menerima sound bar bluetooth dan kad ahli VIU TV bernilai RM400 manakala pengguna yang membuat pra tempah vivo X70 bakal menerima sebuah speaker, pengecasan pantas untuk kegunaan dalam kereta serta kad ahli VIU TV bernilai RM200.

TWS 2e dan TWS 2 ANC masing-masing sedia ditawarkan pada harga RM269 dan RM369. Mereka yang membuat pra-tempahan vivo X70 atau vivo X70 Pro turut berpeluang mendapatkan TWS 2e dan TWS 2 ANC dengan harga serendah RM68 dan 98 sahaja.

Para pengguna berpeluang mendapatkan vivo X70 dan vivo X70 Pro menerusi laman dalam talian atau menerusi Lazada atau Shopee. Sebuah harga yang berbaloi khususnya buat anda mahu mendapatkan telefon pintar dengan kamera terbaik beserta TWS dengan harga mampu milik.

Ketahui lebih lanjut mengenai kualiti model terbaru vivo X70 Pro dengan klik pautan di bawah.

Bersempena Dengan Hari Malaysia, vivo Kongsi Keindahan Lokasi Dalam Negara Menerusi Lensa X70 Pro

Siri vivo X70 Dilancarkan Dengan Kehadiran Kamera Yang Lebih Berkualiti Beserta Sistem Gimbal