Sebut mengenai vivo pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama ini. Meskipun baru sahaja memasuki pasaran pada tahun 2009, jenama ini sudah berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam menawarkan telefon pintar yang penuh dengan inovasi dalam menambat hati pengguna.

Pada minggu ini turut menyaksikan vivo melancarkan dua lagi telefon pintar yang penuh unik dan inovatif iaitu vivo X Fold dan vivo X Note. Kedua-dua model ini nampaknya berjaya menawarkan keunikan yang tersendiri serta tampil berbeza dengan telefon pintar yang berada di pasaran.

Dalam pada itu, apa yang lebih menarik serta membuat para gamer teruja adalah pengumuman terbaru vivo di mana bakal bekerjasama dengan Razer dan PUBG dalam menghasilkan sebuah telefon pintar terbaru. Kami yakin ramai yang sudah menjangkakan model bagaimanakah yang bakal ditawarkan melihatkan kepada syarikat kolaborasi pada kali ini.

vivo bakal lancarkan telefon pintar dengan kerjasama Razer dan PUBG

Hadir dengan tagline ‘Get Set Turbo’ pasti ramai yang sudah dapat membayangkan prestasi hebat yang bakal ditawarkan dua jenama popular ini. Malah, pengumuman ini nyata mengejutkan ramai mengetahui Razer selaku popular dalam industri gaming sedia bekerjasama dengan syarikat vivo dalam menghasilkan sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi.

Difahamkan siri terbaru ini bakal dinamakan sebagai vivo T1 series di mana model T1 series merujuk kepada nama Turbo serta merupakan model pertama daripada siri ini. Sesuai dengan jenama Razer serta kolaborasi bersama PUBG, model ini dijangka akan menawarkan prestasi terbaik khusus buat para gamer khususnya permainan PUBG.

Sebanyak dua model bakal dilancarkan pada siri ini menerusi model vivo T1 5G dan vivo T1x. vivo T1 5G dilaporkan bakal hadir dengan dua pilihan warna iaitu Turbo Black dan Turbo Cyan di mana pihak vivo Malaysia menjanjikan warna ini pastinya menambat hati orang ramai yang melihatnya.

vivo T1x juga tidak kurang hebatnya menerusi penawaran warna Gravity Black yang hadir dengan tekstur yang kemas sekaligus membuatkan model ini tampil premium. Sebuah lagi warna yang tersedia pada model ini adalah Space Blue.

vivo X Fold

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat trend telefon boleh lipat semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Menawarkan keunikan dan fleksibiliti kepada pengguna antara yang membuatkan orang ramai berminat untuk mencubanya.

vivo juga nampaknya tidak mahu melepaskan peluang dalam menawarkan telefon pintar boleh lipat mereka iaitu vivo x Fold. Menariknya, model ini hadir dengan dua skrin luar 6.53-inci dan 8.03-inci sewaktu dibuka yang sekaligus bakal membantu anda meningkatkan produktiviti dalam menjalankan beberapa aplikasi secara serentak. Penggunaan processor Snapdragon 8 Gen 1 beserta 12GB RAM antara yang menjamin model ini dapat berjalan dengan lancar.

Oh ya, nak tahu apa yang lebih menarik mengenai skrin dan paparan vivo pada kali ini, kedua-dua model terbaru vivo ini berjaya meraih gred A+ oleh firma DisplayMate sekaligus mengesahkan kualiti model yang ditawarkan buat pengguna.

Ikuti lebih rapat mengenai berita siri vivo T1seriesĀ  dan juga dua model terbaru vivo dengan melayari laman rasmi Facebook vivo Malaysia, laman rasmi vivo Malaysia atau kedai rasmi atas talian vivo yang tersedia pada platform Shopee dan Lazada.

Tular pada minggu ini apabila terdapat netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapati program ePemula yang dikhususkan buat para pelajar yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara offline sahaja.

Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’