Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Mulai melancarkan produk sulung iaitu sebuah action camera pada tahun 2020, produk keluaran Insta360 dilihat semakin matang saban tahun. Menawarkan pelbagai fungsi serta spesifikasi yang dipertingkatkan membuatkan jenama ini jelas dilihat sebagai pencabar utama bagi jenama GoPro dan DJI.

Jenama ini terus berkembang dalam menawarkan beberapa model terbaru termasuk Insta360 One RS yang membolehkan pengguna lebih banyak pilihan cara mengambil gambar atau merakam video mengikut pilihan pengguna.

Kami juga tidak melepaskan peluang dalam mencuba model Insta360 One RS ini dalam mengetahui dengan lebih lanjut apa lagi ditawarkan pada model ini. Berikut merupakan review kami mengenai model ini.

Skrin dan Rekaan

Sumber: redshark news

Dari segi rekaan, tidak banyak bezanya Insta360 One RS berbanding model Insta360 One R. Mounting pada Insta360 One RS dilihat kukuh manakala sokongan lens yang ditawarkan pada model ini terdiri daripada 4K Boost Lens, 360 Lens dan Leica 1-inch 360 Lens hasil kolaborasi bersama jenama terkenal tersebut.

Meskipun kukuh, pengguna tidak perlu risau soal membuka atau menyambungnya sekaligus membuatkan model One RS lebih mudah untuk dikendalikan berbanding pesaing.

Mengulas mengenai skrin, model ini dilengkapkan dengan skrin 1.5-inch. Pastinya lebih menarik sekiranya model ini dilengkapkan dengan saiz skrin yang lebih besar dalam membolehkan gambar 360 darjah dapat dilihat terus menerusi model ini. Lebih-lebih lagi melihatkan pesaing model ini yang sudah menawarkan saiz skrin yang lebih besar.

Kami berpendapat mungkin saiz yang menjadi isu sekaligus membuatkan pengguna terpaksa akur untuk melihat gambar yang diambil menerusi telefon pintar sahaja.

Para pengguna juga turut berpeluang memilih untuk memaparkan skrin pada bahagian belakang atau hadapan mengikut penggunaan. Model ini turut menawarkan slot microSD dan juga port USB-C bagi tujuan pengecasan serta pemindahan data.

Prestasi

Sumber: zdnet

Menerusi penggunaan processor terbaru, kami tidak mengalami sebarang masalah sepanjang menggunakan model ini. Malah pihak Insta360 turut memaklumkan model One RS ini dilengkapkan dengan processor yang menawarkan prestasi 50% lebih pantas berbanding pesaingnya.

Kepantasan yang ditawarkan sememangnya amat membantu dalam menggunakan model ini dan juga sewaktu pemindahan gambar atau video. Selain itu, user interface atau UI pada model ini juga dilihat sangat smooth dan tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang penggunaan.

Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk tidak cuba merakam menggunakan Insta360 One RS pada tempoh yang panjang khususnya melebihi 30 minit penggunaan kerana bakal membuatkan model ini mengalami masalah overheating.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dalam pada itu, penggunaan secara kasual atau rakaman pada waktu yang singkat seperti yang kerap digunakan oleh orang ramai tidak menjadi masalah bagi model ini.

Kualiti gambar dan video

Sumber: makeuseof

Penawaran sensor 48-megapixel sememangnya sangat membantu Insta360 One RS dalam menawarkan kualiti gambar yang terbaik beserta bantuan Active HDR khususnya menerusi lensa 360 dan 4K Boost Lens.

Dari segi video, Insta360 dilengkapkan dengan FlowState dalam membantu video yang dirakam tampak lebih smooth. Fungsi yang ditawarkan ini pastinya menjadi pilihan mereka yang gemar merakam aktiviti lasak atau vlog sambil menaiki motosikal.

Sumber: makeuseof

Ketahanan bateri

Sumber: cinet

Model ini dilengkapkan dengan kapasiti bateri 1,445 di mana Insta360 One RS mampu bertahana sekitar 80 minit untuk rakaman pada resolusi 4K. Pada pendapat kami, ketahanan bateri pada model ini sudah cukup baik pada kegunaan secara kasual khususnya bagi tujuan mengambil gambar.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mahu hasilkan vlog serta memerlukan tempoh yang panjang untuk membuat rakaman, mendapatkan bateri tambahan antara yang diperlukan.

Harga

Mengulas mengenai harga, Insta360 One RS sedia untuk didapatkan dengan harga bermula daripada RM1,399 bagi basic set. Dalam pada itu, sekiranya anda mahu dapatkan beberapa mounting, strap dan microSD harga yang lebih tinggi antara yang dijangkakan.

Para pengguna yang berminat untuk mencuba keunikan gambar dan efek yang tersedia pada Insta360 berpeluang mendapatkannya dengan diskaun sehingga 10% menerusi laman jualan rasmi Insta360 dengan klik di sini.

Promosi #Insta360Outdoorsalenow yang ditawarkan sehingga 19 Ogos ini bukan sahaja menawarkan diskaun 10% malah turut diberikan bersama beberapa aksesori percuma menerusi setiap pembelian. Berbaloi bukan? Ayuh, apa tunggu lagi, dapatkan segera model Insta360 One RS dengan klik di sini.

Tular pada bulan lalu apabila terdapat netizen yang mempertikaikan pemain bintang bola sepak, Riyad Mahrez masih menggunakan iPhone yang retak sebelum menerima ‘jawapan balas’ daripada tuan badan.

Dikritik Masih Guna iPhone Yang Retak, Ini Jawapan ‘Ringkas’ Riyad Mahrez Kepada Netizen

Lelaki Ini Ajarkan Cara Untuk Navigasi Komputer Menggunakan Telefon Pintar Sahaja