Metaverse kini sedang diterokai oleh ramai pihak kerana mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan bagi tujuan kebaikan. Bukan hanya boleh memberikan pengalaman yang unik, malah ia boleh meningkatkan kreativiti dan produktiviti di dalam kehidupan seseorang.

Terbaharu, Universiti Sains Malaysia sudah memperkenalkan perpustakaan dengan konsep realiti maya atau metaverse. Dengan adaptasi terbaharu ini, USM telah muncul sebagai universiti terawal di Malaysia yang memperkenalkannya secara rasmi.

Sumber Gambar: Facebook USM

Menerusinya, para pelajar dan orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat dalam bentuk tiga dimensi. Selain boleh membuat cariaan maklumat, ia juga boleh digunakan dalam melihat imej, model anatomi dan sebagainya dalam format tiga dimensi yang lebih menarik dan imersif.

Perpustakaan metaverse ini diperkenalkan oleh Institusi Perubatan dan Pergigian Termaju di USM yang menfokuskan kepada perubatan. Untuk mengakses perpustakaan tersebut, anda perlu menggunakan peranti khusus VR dan mengakses sistem dalam talian yang dibangunkan dengan nama Portal GoVR.

Langkah pengenalan perpustakaan metaverse ini juga dijangka akan meningkatkan lagi kualiti dan kebersanan pengajaran dan latihan di USM terutamanya berkaitan model anatomi, perubatan dan sebagainya dalam bentuk 3D.

Selain USM, UiTM juga sudah berkolaborasi bersama TikTok untuk menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik.

UiTM Dan TikTok Umum Kerjasama Dalam Menjadikan Pengalaman Pembelajaran Lebih Menarik

UiTM Kolaborasi Bersama Shopee Untuk Mudahkan Pengguna Beli Barangan Yang Dijual Pelajar Dan Alumni

 

Sumber