Demi WFH, Lelaki Ini Hasilkan Meja Berdiri Elektrik Paling Murah Di Pasaran Malaysia

Umumnya, masyarakat kita lebih menggemari produk dari luar negara disebabkan oleh persepsi jenama luar lebih terjamin kualitinya. Produk tempatan pula sering mendapat tanggapan bahawa tiada kualiti dan bukan jenama yang tersohor. Pada masa kini, kita boleh lihat rakyat tempatan juga mampu berdiri setanding di peringkat antarabangsa.

Produk perabot pejabat premium ini dihasilkan oleh anak tempatan kita bagi pasaran Asia Tenggara. Enbooth menawarkan dua kategori produk iaitu Enbooth iaitu sebuah pejabat berbentuk booth dan Endesk yang merupakan sebuah meja jenis electric standing desk. Syarikat Enbooth ini lebih menfokuskan produk perabot pejabat yang premium serta praktikal.

Idea ini mula tercetus apabila semua jenama call booth dari luar negara menawarkan harga yang sangat mahal di Malaysia. Jadi dengan inisiatif pengasas sendiri, beliau dan adiknya telah mencipta sebuah call booth yang lebih mampu milik.

Sumber Gambar: Enbooth

Tambahan pula, sejumlah wang yang besar dibelanjakan sewaktu pembangunan produk ini telah berjaya membuahkan hasil yang luar biasa tetapi masih lagi terlalu mahal untuk dipasarkan dalam tempatan. Anda boleh menonton video Enbooth yang dihasilkan setaraf antarabangsa melalui ciapan di bawah.

Seterusnya, mereka juga turut mengambil peluang untuk mencipta standing desk pula apabila meneliti meja pejabat yang sedia ada di antarabangsa masih tidak dapat memenuhi citarasanya.

Bukan itu sahaja, hasil penciptaan Endesk sudah mampu bersaing bersama jenama lain di pasaran luar dengan penawaran harga yang lebih berbaloi dan berkualiti tinggi. Kini produk Endesk turut menerima permintaan yang sangat tinggi pada musim COVID-19 ini.

Sumber: Twitter Siong.com

Terdapat tiga perkara yang telah dikongsi oleh pengasas EnBooth dalam mengharungi liku – liku bisnes bagi terus memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan di luar sana.

1. Mengambil kira maklum balas dari pelanggan

Apabila anda menerima maklum balas dari pelanggan, anda perlu mengetahui sama ada produk itu dalam bentuk fizikal ataupun software kerana keduanya mempunyai kitaran masa yang berbeza dalam mengimplemankan sesuatu yang baru.

Jangkaan masa untuk memperbaiki software boleh dibuat serta-merta. Manakala, produk fizikal memerlukan lebih banyak masa dalam mencari solusi seperti Enbooth memerlukan  sekurang- kurangannya selama 12 bulan untuk dibina dan Endesk pula memakan masa selama empat bulan.

2. Pemasaran secara digital

Dengan kemajuan digital yang semakin pesat, penggunaan digital sangatlah meluas di kalangan masyarakat umum. Oleh itu, strategi pemasaran digital mesti dipelajari supaya boleh mempromosikan produk dan servis anda di semua platfrom digital yang sedia ada. Secara tidak lansung, langkah yang diambil boleh menimbulkan brand awareness di dalam pasaran.

3. Servis khidmat pelanggan yang responsif

Bagi mengekalkan hubungan yang baik antara pelanggan dan syarikat, anda mesti memberikan layanan yang bagus dengan membalas segala soalan yang diutarakan oleh pelanggan secepat mungkin dan beramah mesra sewaktu berinteraksi. Sekaligus, reputasi jenama anda akan melonjak naik dan menarik lebih banyak potensi pelanggan yang baru.

Berikut merupakan perkongsian video unboxing dan cara penggunaan daripada pembeli mengenai meja berdiri elektrik Endesk. Beliau turut memaklumkan meja ini mempunyai kualiti ketahanan yang baik dan mudah untuk dipasang.

https://twitter.com/rezarazali/status/1403294914260082688?s=19

Konklusinya, kita patut bangga dengan produk yang dihasilkan oleh anak tempatan kita kerana mampu berdaya saing dengan jenama-jenama terkemuka di pasaran. Ia bukan sesuatu perkara yang mustahil jika ada kemahuan pasti ada jalan. Kini anda boleh mendapatkan produk-produk mereka melalui laman rasmi Enbooth.

Jika anda merancang untuk membuat pembelian telefon pintar yang baru dalam masa terdekat ini, anda boleh membaca artikel kami di bawah mengenai 6 kriteria yang perlu diketahui.

6 Perkara Yang Menjadi Kriteria Pengguna Dalam Mendapatkan Telefon Pintar

Ini Sebabnya Apple EarPods Hanya Ditawarkan Dengan Warna Putih Sahaja

 

Sumber
Exit mobile version