Setiap individu pastinya mempunyai hobi yang tersendiri dalam mengisi masa lapang. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk dijadikan hobi bermula daripada aktiviti santai sehingga kepada aktiviti yang lebih ekstrem.

Dalam pada itu, hobi seorang lelaki yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @nursyamfarhan berjaya menarik perhatian netizen menerusi rekaannya yang tampak unik dan futuristik serta mampu bergerak dengan pantas.

KS-S18-vs-InMotion-V11
Sumber: Oneradwheel

Untuk pengetahuan, basikal ini dikenali sebagai electric unicycle (EUC) merupakan sebuah pengangkutan self balancing yang hadir dengan satu roda utama dikuasakan oleh motor elektrik. Ciri mobiliti yang tinggi menjadikan basikal EUC sesuai untuk kegunaan pengangkutan harian atau beriadah.

Ciri-ciri yang tersedia pada electric unicycle (EUC)

EUC mula diperkenalkan pada tahun 2003 oleh syarikat Bombardier dengan rekaan konsep untuk kegunaan sukan. Selepas 17 tahun, basikal ini telah ditambah baik dengan fungsi suspension bagi menambah ciri keselamatan pengguna dan dikomersialkan kepada awam oleh beberapa syarikat pengeluar seperti Inmotion, Kingson dan Gotway.

Kebiasaanya electric unicycle ini hadir dengan satu roda dan dilengkapi dengan motor, bateri, dan bahagian elektronik yang lain. Terdapat dua pedal pada kedua belah bahagian basikal untuk merehatkan kaki dan sebahagian model didatangi dengan tempat duduk bagi keselesaan dalam perjalanan jauh.

EUC ini dilengkapi dengan teknologi gyro-stabilising. Cara teknologi ini berfungsi adalah menentukan kelajuan mengikut perubahan berat yang diagihkan oleh penunggang sewaktu bergerak. Jika anda bersandar ke hadapan, EUC akan bergerak ke hadapan dengan pantas. Untuk memperlahankannya, anda hanya perlu bersandar ke belakang pula.

vocket-tech-euc-3
Sumber Gambar: Facebook Nursyamfarhan

Menariknya, kapasiti bateri yang disediakan mampu menggerakkan electric unicycle pada jarak sehingga 120km dalam satu pengecasan penuh sahaja. Saiznya yang kompak sangat mudah untuk dibawa dan disimpan oleh pengguna. Terdapat juga aplikasi yang tersedia bagi memantau kadar peratus bateri serta mengubah tetapan penunggangan.

Di samping itu, electric unicycle ini sangat fleksibel sehinggakan boleh melalui pelbagai permukaan bumi tanpa sebarang masalah. Kelajuan EUC dilihat mampu mencapai sehingga 50km/h. Model ini turut hadir dengan ciri keselamatan seperti headlight untuk kegunaan pada waktu malam serta bluetooth speaker yang boleh disambung ke telefon pintar.

basikal euc
Sumber Gambar: If Design Award

Harga yang ditawarkan boleh dikatakan agak tinggi berikutan teknologi yang tersedia pada basikal EUC ini. Setiap model di pasaran mempunyai perbezaan prestasi dan kualiti mengikut tahap harga. Pengguna boleh mendapatkannya dengan harga bermula daripada RM1,588 sehingga RM7,588.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan basikal EUC, boleh dapatkan di laman scooterzmalaysia yang menawarkan pelbagai jenis model.

@nursyamfarhan

Reply to @kuruldagreat ulu yam➡️batang kali➡️kuala kubu➡️goh tong 🔁 #freepalestine❤️🇵🇸 #tiktokmalaysia #fyp #foryourpages #electricunicycle #viral

♬ The Nights – Avicii

Dalam pada itu, anda juga boleh menyertai komuniti EUC di Facebook untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai EUC dan bertanya soalan jika terdapat kemusykilan. Melalui kumpulan ini juga anda boleh mencari EUC terpakai yang dijual oleh pengedar.

Pada tahun 2019, seorang bekas jurutera Google pernah menghasilkan sarung tangan basikal untuk memudahkan penunggang basikal beri isyarat ketika menunggang. 

Lihat Inovasi Bekas Jurutera Google Dalam Menghasilkan Sarung Tangan Basikal

‘Kegilaan’ Bermain Pokemon Go Buatkan Lelaki Ini Dipilih Sebagai Duta ASUS