Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia baru sahaja mengemaskini penawaran Peta Jendela dengan menambah paparan lokasi liputan 5G dalam masa yang sama membuang liputan 3G sekaligus.

Menerusi kemas kini terbaharu Peta Jendela, SKMM telah menyatakan rangkaian unifi Mobile 5G bakal hadir tidak lama lagi. Ini sekaligus menjadi berita baik buat orang ramai kerana sebelum ini hanya syarikat YES sahaja yang menawarkannya yang mana hanya terhad di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Sumber Gambar: Peta Jendela

Buat masa ini, tiada sebarang informasi lanjut bilakah ia bakal ditawarkan kepada pengguna. Apa yang pastinya, kini sudah disenaraikan pada laman tersebut dengan tertera sebagai akan datang. Sementara sejumlah syarikat telekomunikasi tempatan lain dilihat masih belum disenaraikan setakat ini.

Terdapat kemungkinan syarikat telekomunikasi utama bakal ditambah juga tidak lama lagi selepas mereka menyediakan pelan langganan yang bersesuaian serta menyelesaikan beberapa perkara penting lain. Semoga dengan penyertaan sejumlah syarikat telekomunikasi kelak dapat memperluaskan lagi penawaran rangkain 5G di seluruh negara.

Baru-baru ini juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menjangkakan penawaran servis rangakian 5G oleh syarikat telekomunikasi akan tiba seawal September ini.

Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022

Mahu Elak Kesesakan Waktu Puncak, Lorong Plaza Tol Dicadang Menyokong Semua Jenis Pembayaran

Sumber