Setelah beberapa bulan diusahakan, nampaknya ujian internet 5G bakal mula ditawarkan buat para pengguna dimana bandar Putrajaya dan Cyberjaya telah dipilih untuk melakukan ujian awal bermula bulan hadapan.

Kenyataan ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dimana penawaran internet 5G pada fasa awal ini bakal ditawarkan buat dua bandar terlebih dahulu selama enam bulan. Sekiranya kerjasama diantara Maxis dan Huawei berjalan lancar, dijangkakan rangkaian ini bakal diperluaskan ke beberapa bandar yang lain.

Sumber: Nam News Network

Penawaran teknologi 5G ini secara tidak langsung bakal memberi pengguna kelajuan yang berganda buat para pengguna melalui penggunaan telefon pintar terbaru yang menyokong rangkaian ini. Selain itu, penawaran internet ini bertepatan dengan kemodenan dunia yang menjurus kepada industri 4.0. Difahamakn implementasi rangkaian 5G bakal ditawarkan secara besar-besaran sekitar tahun 2020.

Sumber