Walaupun Twitter sedang menghadapi beberapa isu dalaman, ia langsung tidak menghalang mereka untuk menawarkan ciri baharu pada platformnya. Twitter dilihat sangat giat membawa pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengguna baharu dan bersaing dengan aplikasi terkemuka lain.

Terbaharu, Twitter telah memperkenalkan secara rasminya ciri terbaru yang dinamakan Twitter Notes. Pengenalan ciri ini membolehkan para pengguna untuk menulis lebih daripada 280 aksara dengan mudah.

Ini sekaligus membolehkan seseorang penulis untuk berkongsi kisah atau cerita yang lebih panjang tanpa perlu membuat thread lagi.

Pengguna lain boleh terus membacanya pada platform atau aplikasi Twitter tanpa perlu meninggalkan dan membuka pelayar web lain. Ciri ini sedang pun diuji di kalangan sejumlah penulis dan telah ditawarkan dalam bentuk Beta.

Dikhabarkan mereka sedia menambah had aksara mencecah 2,500 pada masa kelak yang mana sudah seumpama tulisan blog. Dengan kehadiran ciri ini, nampaknya bukan sahaja dapat memudahkan perkongsian penulisan yang lebih panjang, malahan mampu menjadi satu tarikan baru untuk pengguna yang mahu berjinak dengan platform tersebut.

Selain Twitter, Telegram pula dilaporkan berjaya mengumpul lebih 700 juta pengguna aktif bulanan dengan hanya saranan pengguna sendiri.

Telegram Dilaporkan Berjaya Mengumpul Lebih 700 Juta Pengguna Aktif Bulanan

WhatsApp Kini Mudahkan Urusan Pindahan Data Daripada Android Ke iPhone