Kecoh pada minggu lalu apabila Amerika Syarikat yang diketuai oleh Donald Trump mengumumkan sekatan perdagangan buat Huawei untuk berurusan dengan negara mereka.
Sekatan yang dikenakan ini turut melibatkan beberapa syarikat besar melibatkan Google dimana Huawei tidak lagi dibenarkan menggunakan sistem operasi Android pada telefon pintar mereka.
Bersempena dengan acara Future of Asia yang dianjurkan di Jepun baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir menegaskan Malaysia bakal meneruskan rancangan untuk menggunakan teknologi Huawei.
Hal ini disebabkan kajian dan pembangunan teknologi Huawei adalah jauh lebih hebat berbanding keupayaan seluruh Malaysia. Dalam erti kata lain, teknologi 5G oleh Huawei bakal diimplemen di Malaysia.
Tun Mahathir turut menegaskan dimana persaingan diantara dua negara ini seharusnya sihat dan bukannya mengharamkan atau menghalang daripada sesebuah syarikat berkembang.
Pihak Huawei baru-baru ini turut menfailkan usul mahkamah mengenai tindakan yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap mereka. Sama-sama kita nantikan isu perang dagang yang berlaku diantara dua buah negara ini. Anda boleh tonton ucapan penuh Tun Mahathir di Future of Asia dibawah.
Baca lagi: Huawei Dibenarkan Untuk Menggunakan Akses Memori Kad MikroSD Dan Wi-Fi Semula