Dunia di hujung jari sememangnya memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai servis baik dari segi servis penghantaran makanan, e-hailing dan sebagainya dengan pantas. Hanya dengan memasukkan beberapa butiran, seseorang mampu menawarkan atau mendapatkan sesebuah servis.

Di sebalik kemudahan yang ditawarkan menerusi pelbagai servis menerusi aplikasi, seorang individu menerusi Twitter @norazambudin berkongsi kisah beliau yang kehilangan kereta berpunca daripada aplikasi sewaan kereta Trevo.

Menerusi kisah yang dikongsikan, Nor Azam pada mulanya berminat untuk mencuba aplikasi Trevo dalam membolehkan beliau meraih pendapatan menerusi sewaan yang ditawarkan pada harga RM700 sehari.

Selepas berjaya mendaftarkan diri sebagai pemilik kenderaan yang mahu menyewa keretanya, beliau telah menerima tempahan pertama daripada seorang individu dari Bukit Rimau, Shah Alam yang mahu menyewa keretanya selama 3 hari.

Kurang yakin dengan tempahan yang diterima, beliau memilih untuk membatalkan tempahan tersebut dan seterusnya menerima tempahan kedua beberapa hari seterusnya menerusi seorang individu bernama Balamurugan Selvam yang mahu menyewa keretanya selama satu hari.

Menerusi perkongsian, aplikasi Trevo akan mendapatkan kereta beliau di lokasi yang ditetapkan dan diberikan kepada pihak penyewa.

Dalam pada itu, lain ceritanya apabila penyewa berkenaan memaklumkan kepada pihak Trevo untuk membatalkan pengambilan kereta kerana beliau mahu membuat penghantaran sendiri. Nor Azam juga turut memaklumkan perbualan beliau dengan pihak penyewa kepada Trevo.

Di sangka sewaan berjalan dengan lancar, pemilik Toyota Alphard ini akui semakin resah apabila kereta yang dijanjikan akan dipulangkan pada waktu akhir sewaan belum muncul tiba. Malah, penyewa tersebut telah memberikan rakannya menggunakan kereta tersebut dan memaklumkan akan pulangkan pada 12 tengah malam.

Lebih membuatkan pemilik tidak selesa, GPS kereta yang ditempah beliau masih belum tiba membuatkan kereta beliau bebas daripada GPS. Tanpa melengahkan masa, Nor Azam memilih untuk membuat laporan polis melibatkan aplikasi Trevo serta berkongsi informasi lanjut mengenai penyewa. Beliau juga dimaklumkan pihak polis di mana insuran tidak akan dilindung sekiranya kereta disewakan.

Beliau juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap aplikasi Trevo di mana gambar yang tertera pada lesen dan kad pengenalan tersebut berbeza dengan gambar individu yang dikongsikan.

Nor Azam turut menjelaskan pihak polis turut menunjukkan laporan pada 25 Jun di mana terdapat individu yang menggunakan kad pengenalan individu lain dalam mencuri Toyota Hiace. Modus operandi yang sama digunakan dalam mencuri kereta Toyota Alphard Nor Azam.

Beliau turut memaklumkan pihak polis Subang telah menerima laporan tersebut namun seolah tidak mahu membuka kes. Dakwaan beliau disebabkan pihak polis mempunyai butiran kad pengenalan, lesen dan kad bank suspek yang secara tidak langsung memudahkan tugas siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada orang ramai untuk tidak lagi menggunakan aplikasi Trevo dalam mengelakkan situasi yang sama berulang. Bukan itu sahaja, malah hutang juga terpaksa ditanggung dalam tempoh yang panjang.

Nor Azam memohon bantuan para netizen yang menjumpai kereta Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor plet VHL 805 untuk memaklumkan kepada beliau. Ganjaran sehingga RM2,000 dan tambahan RM1,000 akan diberikan sekiranya terdapat individu yang berjaya menjumpai dan memaklumkan kepada beliau.

Perkongsian beliau mengenai kronologi kisah kecurian Alphard di Twitter nampaknya turut mendapat perhatian para netizen di mana terdapat netizen yang memaklumkan mengalami nasib yang sama selepas menyewakan kereta menerusi aplikasi Trevo.

Menerusi perkongsian terbaru, beliau memaklumkan pihak pengurusan Trevo telah menghubungi beliau serta sedia tawarkan solusi jangka pendek dengan menawarkan sebuah kereta baharu buat beliau. Pihak Trevo juga berjanji akan membayar ganti rugi sekiranya gagal menjumpai kereta beliau.

Diharap pemilik kereta ini dapat menemui semula keretanya semula. Nor Azam juga turut memaklumkan kereta tersebut sangat sentimental buat beliau dan pasangan kerana kereta tersebut merupakan hadiah beliau kepada isteri tercinta.

Perkongsian kisah Nor Azam ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dengan sindiket yang berlaku melibatkan aplikasi dalam talian.

Tular pada minggu lalu apabila mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan mengenai hukum menjadi kriptowang sebagai mas kahwin.

Mufti Wilayah Persekutuan Beri Penjelasan Hukum Menjadikan Kriptowang Sebagai Mas Kahwin

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk