Sumber Gambar: Vocket Tech

Touch ‘n Go Berkolaborasi Bersama United Voice Untuk Tawarkan Kad NFC Edisi Terhad

Touch ‘n Go sedia menawarkan sejumlah kad edisi terhad dengan kerjasama pelbagai pihak. Para pengguna TNG berpeluang mendapatkan kad edisi terhad ini untuk koleksi peribadi atau pun kegunaan seharian.

Pada hari ini, pihak Touch ‘n Go mengadakan acara pelancaran kad edisi terhad serta pameran seni bersama pihak United Voice. Syarikat TNG kini berkolaborasi bersama United Voice untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan orang kelainan upaya.

Sumber Gambar: Vocket Tech

Menerusinya, United Voice mahu menonjolkan bakat-bakat orang kelainan upaya melalui penghasilan karya pada kad-kad edisi terhad itu. Dalam masa yang sama, organisasi ini mahu meraih dana untuk melancarkan lagi kegiatan kesedaran berkaitan orang kelainan upaya kepada masyarakat serta menawarkan perkerjaan kepada individu OKU.

Terdapat pameran seni yang memperlihatkan sejumlah hasil karya terdiri daripada artis-artis di kalangan OKU. Karya mereka juga datang dalam pelbagai genre dengan hasil yang cukup mengagumkan. Sebanyak 10 artis bersama karya kad TNG tersendiri sedia dijual kepada mereka yang berminat sementara stok masih ada.

Sumber Gambar: Vocket Tech

Difahamkan stok kad TNG edisi terhad berfungsi seperti kad TNG NFC yang mana hanya tersedia dalam kuantiti 4,000 unit untuk setiap satu design dengan tawaran RM25 bagi seunit. Dalam acara yang sama, para pengunjung boleh membeli produk kraftangan hasil kerja artis OKU yang ditawarkan menerusi booth khas.

Sumber Gambar: Vocket Tech
Sumber Gambar: Vocket Tech

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lanjut berkaitan kolaborasi TNG bersama United Voice atau mahu mendapatkan kad edisi terhad ini, boleh kunjungi ruang pameran di Central Court(LG), NU Sentral yang dibuka bermula hari ini sehinggalah 5 Oktober kelak.

Sumber
Exit mobile version