Lihat Rekaan Tertiris iPhone 13 Pro Yang Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Baru sahaja tiga bulan Apple melancarkan siri iPhone 12 nampaknya ura-ura bagi siri Apple iPhone 13 sudah mulai tertiris. Pada kali ini, Apple bakal tampil dengan beberapa perubahan terbaru dari segi spesifikasi serta rekaan luaran.

Menerusi perkongsian daripada EverythingApplePro, Apple iPhone 13 Pro dijangka hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding model sebelum ini dengan rekaan kamera yang flat manakala bingkai lensa dihitamkan.

Sumber: Instagram EverythingApplepro
Sumber: everythingapplepro

Seperti yang dapat anda lihat pada gambar di atas, dilaporkan Apple mungkin beralih kepada rekaan portless di mana tiada sebarang port ditawarkan termasuk lubang pengecasan lightning. Dalam erti kata lain, para pengguna mungkin perlu mengecas secara tanpa wayar iaitu Apple MagSafe.

Menerusi beberapa sumber lain, Apple juga sedang bercadang untuk mengecilkan saiz takuk pada iPhone. Teknologi TouchID juga bakal dikembalikan semula pada iPhone namun dengan sedikit perubahan terbaru di mana para pengguna berpeluang unlock iPhone terus daripada atas skrin.

Selain itu, paparan iPhone mungkin dipertingkatkan pada model iPhone 13 Pro dengan panawaran refresh rate sehingga 120Hz. Bagi menjayakannya, Apple mungkin sekali lagi perlu mendapatkan paparan dengan teknologi baharu ini daripada Samsung.

Sumber: everythingapplepro

Setakat ini masih belum diketahui warna apakah yang bakal menjadi warna eksklusif pada kali ini selepas Apple menawarkan warna Navy Blue pada iPhone 12 Pro dan Midnight Green pada iPhone 11 Pro. Sama-sama kita nantikan ura-ura seterusnya sebelum pelancaran rasmi pada Oktober kelak.

Ketahui juga 6 model baharu Apple yang bakal dilancarkan pada tahun ini dengan klik pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/6-model-baharu-apple-yang-bakal-dilancarkan-sempena-2021/

https://www.thevocket.com/selepas-iphone-apple-dijangka-lancarkan-kereta-elektrik-menjelang-2024/

Exit mobile version