Kurang lebih seminggu sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan atur cara UNPACKED pada 12 Februari ini. Acara ini bakal mempamerkan beberapa model terbaru daripada jenama dari Korea ini.

Terbaharu, sebuah lagi model keluaran terbaru Samsung telah tertiris melalui video perkongsian Ben Geskin. Model Samsung Galaxy Z Flip ini ternyata hadir dengan rekaan yang lebih mesra pengguna seakan telefon bimbit dua dekad lalu berbanding rekaan Samsung Galaxy Fold.

Setakat ini masih belum diketahui spesifikasi penuh bagi model ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya secara rasmi pada 12 Feburari ini.

Samsung juga dilaporkan bakal melangkau model Galaxy S11 dengan memperkenalkan Samsung Galaxy S20 pada tahun ini. Ikuti juga review penuh kami mengenai Samsung Galaxy Fold.

https://www.thevocket.com/selepas-galaxy-s10-samsung-mungkin-terus-langkau-memperkenalkan-galaxy-s20/

https://www.thevocket.com/samsung-galaxy-fold-peranti-paling-unik-dan-inovatif-untuk-2019/