Apple baru-baru ini telah melancarkan model iPhone 11 Pro yang hadir dengan penyertaan tiga kamera belakang menampilkan lensa ultra-wide. Pada kali ini Youtuber Andy To telah menguji kemampuan kamera iPhone 11 Pro sewaktu percutian beliau ke Tokyo.
Hasilnya, video beliau berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan kemampuan model terbaru Apple. Gaya suntingan beliau yang kemas turut mengingatkan orang ramai terhadap iklan daripada Apple.
Tonton video ini untuk melihat lebih lanjut mengenai kualiti video Apple iPhone 11 Pro. Anda dinasihatkan untuk menonton dengan resolusi yang tinggi untuk menikmati kualiti video ini.
Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel berkaitan Apple iPhone 11 Pro khas buat anda yang berminat. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.
https://www.thevocket.com/apple-iphone-11-pro-max-terbukti-mempunyai-ketahanan-bateri-terpanjang/
https://www.thevocket.com/lihat-ketahanan-iphone-11-pro-dalam-ujian-hentakan-yang-brutal-ini/
https://www.thevocket.com/disindir-kerana-beli-iphone-11-pak-cik-ini-sebenarnya-doktor-pakar-kelantan/