Jenama Tomaz kini mula menjadi sebutan dalam komuniti gamers khususnya selepas memperkenalkan siri gaming chair mampu milik awal tahun ini.

Rata-rata yang sudah membuat pembelian rasa sangat berbaloi dan sangat berpuas hati dengan kualiti kerusi yang dihasilkan oleh Tomaz. Selepas kerusi Tomaz Blaze X Pro berjaya menambat hati para gamers, dua model ini pula kini menjadi bualan ramai: Vex & Syrix II.

Koleksi Premium Tomaz Vex
Harga: RM699 (harga asal RM1,299.00)

VEX RGB SMOKE

Model kerusi top of the line keluaran Tomaz! Untuk anda yang mahukan kerusi yang lebih premium Tomaz Vex adalah jawapannya.

Saiz Vex adalah lebih besar berbanding model Syrix II tetapi mengekalkan bentuk kerusi VR racing style. Di samping rekaannya yang minimalis dan eksklusif ini, Vex juga dapat menampung berat sehingga 180kg!

Corak carbon fiber di bahagian sisi menambahkan lagi rupa eksklusif kerusi ini. Kerusi ini diperbuat daripada Soft Cooling Touch 2.0 Durable Microfiber, di mana anda akan kekal selesa walaupun duduk di atasnya untuk berjam-jam lamanya.

vex
Tomaz Head Pillow + Lumbar Support yang selesa dan rekaan boleh laras yang lebih solid

Ditambah dengan Tomaz Head Pillow + Lumbar Support, Tomaz Vex juga dapat menjaga postur badan anda ketika anda sedang duduk. Jadi tidaklah anda sakit belakang seperti duduk di kerusi anda sebelum ini. Begitu juga armrest yang boleh dilaras secara 3D untuk anda letak tangan di kedudukan terbaik.

Teknologi Cold Cure Memory Foam yang biasanya ada pada gaming chair lebih mahal ada pada Tomaz Vex. Anda tidak perlu labur ke jenama lain kerana Tomaz Vex tawarkan teknologi ini pada harga sangat mampu milik. Anda dapat keselesaan tanpa perlu bayar lebih.

Tekan di sini untuk buat tempahan atau melihat kelebihan lain Tomaz Vex. Kami yakin anda pasti akan puas hati.

Tomaz Syrix II Gaming Chair (Black/Red)
Harga: RM599.00 (Harga asal RM999)

Skyrix Tomaz
Tomaz Skyrix II pilihan warna hitam/burgundy

Syrix II akan hadir dengan backrest yang lebih lebar serta lumbar cushion untuk beri bantu postur badan anda. Rekaan yang dipertingkatkan pada kerusi ini akan memberi anda lebih keselesaan, terutamanya anda yang menghabiskan banyak masa di meja kerja.

Kerusi ini juga mengambil inspirasi daripada kerusi VR Racing seat dan apabila anda duduk di atasnya, seakan-akan anda berada di atas kerusi kereta lumba yang sebenar! Jika anda pernah duduk di kerusi bucket sebelum ini, begitulah rasa apabila anda duduk di atas kerusi ini. Rasa terletak dan secure.

Menambah keseronokan duduk di atas kerusi ini adalah fungsi armrest 3D, sama seperti Vex. Permukaan armrest ini lebih luas dan boleh dilaras ketinggiannya, atau dan bawah atau ke kiri dan kanan; bergantung keselesaan anda ketika membuat kerja atau gaming. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ciri hebat lain kerusi ini, klik di sini.

Aksesori pelengkap bilik ‘gaming’ anda

Buat anda yang tidak tahu Tomaz bukan hanya menghasilkan kerusi tetapi produk gaming lain yang akan meningkatkan pengalaman gaming atau kerja anda. Ini beberapa produk Tomaz yang sedang hangat di pasaran.

1. Tomaz Armor Gaming Table 140cm (Black)
Harga: RM369.00 (Harga asal RM999.00)

Boleh dikatakan ini adalah ultimate gaming table untuk anda pada harga mampu milik! Tomaz Armor dilengkapi dengan pelbagai ciri premium untuk keselesaan anda.

Meja ini hadir dengan dimensi 140CM (panjang) x 60CM (lebar) X 75CM (tinggi), saiz yang just nice untuk setiap ruang. Kaki meja ini yang diperbuat daripada besi memberi kekuatan serta stabiliti untuk anda letak apa sahaja di atasnya. Dari segi berat? Meja ini dapat menampung berat sehingga 120KG di atasnya.

Finishing gentian karbon memberi rupa yang lebih sleek untuk meja ini. Tidak cukup dengan itu, terdapat headphone & cup holder untuk memastikan meja anda sentiasa kemas dan tersusun.

2. Tomaz Mouse Pad
Harga: RM19.00 (Harga asal RM39.00)

SNFS0019with mouse

Mouse pad yang tidak berkualiti biasanya akan menyukarkan anda menggerakkan tetikus. Tomaz juga telah mengeluarkan mouse pad pertama mereka untuk meningkatkan mutu kerja/permainan anda. Dengan menggunakan getah non-slip berkualiti, ini adalah mouse pad paling ideal yang ada di pasaran.

3. Tomaz Floor Pad
Harga: RM99 (Harga asal RM199)

SNFS9830

Menggunakan kerusi yang mempunyai roda di bawah boleh menyebabkan calar kepada lantai anda terutamanya lantai jenis kayu. Penting untuk anda mempunyai alas yang sesuai untuk kerusi anda.

Jika anda tidak suka karpet yang besar, floor pad ini sudah cukup untuk memberi perlindungan kepada lantai rumah anda. Hadir dengan signature logo Tomaz, floor pad daripada Tomaz ini akan kekal tebal walaupun digunakan untuk jangka masa panjang. Praktikal dan pada masa yang sama tampak cool.

Melihat kepada semua aksesori daripada Tomaz ini, rekaannya yang menawan pasti akan menambah seri bilik anda. Kami sudah mencuba sendiri produk Tomaz ini iaitu kerusi Tomaz Blaze X Pro dan kami sangat berpuas hati dengan kualiti serta keselesaan kerusi ini. Kini tiba giliran anda pula.

Ini pula review penuh kami untuk kerusi Tomaz Blaze X Pro sebelum ini. Klik pada pautan di bawah untuk menontonnya.

https://www.thevocket.com/vocket-review-tomaz-blaze-x-pro-kerusi-gaming-premium-gaya-kingsman-berharga-rm499-yang-mantap/

https://www.thevocket.com/gaya-kingsman-datang-lagi-tomaz-blaze-x-pro-gaming-chair-premium-pada-harga-rm499-sahaja/