TNG eWallet Raih Suntikan Dana Pelaburan Bernilai RM750 Juta Daripada Lazada

Touch ‘n Go baru sahaja mengumumkan tentang syarikat TNG Digital dibawah mereka yang menguruskan dompet digital TNG eWallet telah menerima suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta.

Suntikan dana pelaburan ini diterajui oleh Lazada Group. Bagaimanapun, masih belum diketahui berapakah jumlah ekuiti yang dipegang oleh pihak Lazada menerusi suntikan dana pelaburan terbaru ini. Malah, pelaburan ini juga merangkumi kolaborasi secara strategik antara pihak TNG eWallet dan Lazada.

Sumber Gambar: Tech in Asia

Difahamkan kolaborasi antara TNG eWallet dan Lazada dapat memberikan pengalaman pengguna yang terbaik termasuklah pembeli dan peniaga dengan mengintergrasikan pembayaran digital ini pada platform mereka. Selepas ini, pengguna boleh membeli barangan dengan lebih mudah dan pantas dengan adanya TNG eWallet.

Selain pelaburan besar oleh Lazada, sejumlah pemegang saham sedia ada TNG Digital turut melakukan pelaburan tambahan pada kali ini. Dengan dana pelaburan ini juga, TNG Digital secara tidak langsung telah berjaya meraih dana lebih RM1 bilion. Selain Lazada, antara pemegang saham pada TNG Digital adalah termasuk Ant Group dan AIA Group.

Antara penawaran terbaharu yang tersedia pada Touch ‘n GO eWallet adalah ciri pelaburan patuh syariah baharu untuk pengguna.

Touch ‘n Go eWallet Perkenalkan Ciri Pelaburan Patuh Syariah Baharu Buat Para Pengguna

Sumber
Exit mobile version