Aplikasi Tinder semakin mendapat sambutan apabila syarikat induk Tinder, Match Group baru-baru ini mendedahkan bahawa Tinder telah menambah 1.2 juta pelanggan pada tahun lepas. Penambahan pengguna pada aplikasi tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan sehingga hujung tahun lalu dengan kutipan $805 juta (~RM3.2 bilion).
Peningkatan pendapatan tersebut adalah hasil usaha Tinder Gold yang menawarkan pelanggan dengan ciri-ciri tertentu di dalam aplikasi Tinder seperti ciri Likes Super yang diberikan lebih banyak setiap hari, kemudahan untuk ‘swipe’ hampir keseluruh dunia dan para pengguna boleh mengetahui sesiapa yang telah ‘menyukai’ mereka.
Aplikasi Tinder ini dihasilkan dengan matlamat untuk memberi peluang kepada golongan bujang untuk mencari pasangan mereka dengan pilihan mereka sendiri. Ianya juga dihasilkan untuk memberi tumpuan kepada demografi yang lebih muda yang berusia 18 hingga 22 tahun melalui aplikasi Tinder U, di mana aplikasi tersebut mengkhususkan pelajar di peringkat universiti.
Kepada mereka di luar sana yang masih menjalani kehidupan bujang dan berhasrat untuk mempunyai pasangan seperti pasangan lain, anda boleh memuat naik aplikasi Tinder ini di Play Store atau App Store yang terdapat di peranti masing-masing. Selamat mencuba!