Mulai dilancarkan sekitar pertengahan April, Apple iPhone SE berjaya membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya. Rekaannya yang kecil serta penggunaan processor Apple A13 Bionic yang sama seperti iPhone 11 Pro antara yang menjadi tarikan pada model ini.

Apa yang lebih menarik, Apple pada kali ini berjaya menawarkan iPhone SE dengan harga mampu milik dengan harga permulaan RM1,999 bagi storan 64GB.

Di sebalik menjadi iPhone kelas pertengahan, model ini nampaknya mempunyai prestasi kuasa yang lebih hebat daripada orang ramai bayangkan.

Tim-Cooks-Glassdoor-rating-2019
Sumber: 9to5Mac

Melalui pengumaman yang dibuat CEO Apple, Tim Cook baru-baru ini, Apple iPhone SE dikatakan lebih pantas berbanding telefon pintar Android terpantas. Dalam erti kata lain, model dengan processor Apple A13 beserta RAM 3GB ini jauh lebih hebat berbanding model Android dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Sebagai perbandingan sebelum ini, Apple A13 Bionic sememangnya jauh lebih pantas apabila dibandingkan bersama processor yang digunakan pada Android termasu Qualcomm dan Exynos.

jaime-iphone-se-2020-7-scaled
Sumber: Pocketnow

Tim Cook turut menjangkakan peralihan pengguna Android kepada iPhone SE apabila model ini ditawarkan secara rasmi sekaligus memberi bayangan mengenai permintaan tinggi model terbaru iPhone ini.

Ura-ura mengatakan iPhone 12 bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749 sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-bakal-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm2749/?utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

https://www.thevocket.com/5-sebab-iphone-se-berharga-rm1999-mampu-tewaskan-pencabar-apple-yang-lain/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20200502

Sumber