Sejak mula diperkenalkan, aplikasi media sosial dengan penawaran video iaitu TikTok seringkali dikaitkan dengan pelbagai tohmahan negatif serta dilabel cringe berikutan sebilangan penggunannya yang menghasilkan video yang menjengkelkan.

Walau bagaimanapun, perkara ini nampaknya tidak menghalang TikTok untuk terus berkembang serta diterima pengguna. Siapa sangka, aplikasi ini berjaya muncul sebagai aplikasi yang lebih kerap dimuat turun pengguna berbanding aplikasi Facebook dengan jumlah muat turun sebanyak 104 juta.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_5_8_4_7_21927485-1-eng-GB_purple tiktok phone
Sumber: Financial Times

Lebih hebat, TikTok buat pertama kalinya berjaya memintas WhatsApp pada bulan Januari sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun pada bulan tersebut. Berdasarkan statistik, negara yang paling banyak memuat turun aplikasi ini terdiri daripada India, Brazil dan Amerika Syarikat.

Jumlah muat turun aplikasi TikTok juga dilaporkan akan lebih tinggi sekiranya statistik mengira jumlah muat turun aplikasi khususnya di China selain daripada Apple App Store dan Google Play Store.

Setakat ini, TikTok sudah berjaya mencapai lebih 1.82 bilion muat turun manakala WhatsApp muncul sebagai aplikasi dengan muat turun tertinggi iaitu 5 bilion muat turun.

Kami kongsikan kepada anda manfaat yang tersedia pada aplikasi TikTok yang mungkin ramai tidak tahu.

https://www.thevocket.com/bukan-aplikasi-sampah-ini-manfaat-lain-tiktok-yang-ramai-tidak-tahu/

https://www.thevocket.com/ahli-running-man-turut-terjebak-miming-lagu-bahasa-melayu-di-tiktok/