Mula menjadi kegilaan sejak tahun lalu, siapa sangka gelombang aplikasi ini sudah mulai diterima pengguna seluruh dunia. Mulai digunakan oleh golongan muda, aplikasi ini kini semakin popular di kalangan orang ramai dengan jumlah pengguna seramai 800 juta pelanggan.
Di sebalik peningkatan pengguna yang drastik, TikTok akhir-akhir ini telah dihalang penggunaannya di India dana bakal diikuti dengan negara Amerika Syarikat berikutan beberapa isu termasuk perkongsian data peribadi pengguna.
Melihat kepada peningkatan pengguna aplikasi ini, Facebook dilaporkan sedang mencari peluang untuk menghasilkan sebuah aplikasi seumpama TikTok dalam menarik pengguna TikTok menggunakan aplikasi di bawah kendalian Facebook. Facebook dilaporkan bakal melancarkan aplikasi Instagram Reels dalam beberapa minggu akan datang.
Bukan itu sahaja, Netflix melaporkan mereka turut melihat TikTok sebagai pencabar mereka sekaligus sedia meningkatkan kandungan premium pada platform mereka. Usaha yang dilakukan Netflix ini dikatakan bakal diikuti oleh platform penstriman lain seperti Amazon dan Disney.
Pada bulan Mei lalu, Facebook dilaporkan sedia membayar RM225 juta kepada pekerja yang mengalami tekanan perasaan. Turut dikongsikan, pekerja Facebook dibenarkan work from home sehingga 2021.
https://www.thevocket.com/facebook-bayar-rm225-juta-kepada-pekerja-yang-mengalami-tekanan-perasaan/
https://www.thevocket.com/pekerja-facebook-dan-google-dibenarkan-work-from-home-sehingga-2021/